in

“KJ turun Penang dok kalut mintak Chilled Spritzer”

Abah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, Khairy Jamaluddin mengumumkan beliau bakal bertanding jawatan naib presiden UMNO. Sebagai seorang yang disegani ramai, penyokong KJ ni menjangkakan beliau akan buat perubahan baru dalam parti UMNO.


Tapi semalam muncul pulak satu berita yang tak sedap didengar kat Twitter berkenaan Abah yang dulunya disayangi ramai ni. Katanya Abah dok bising-bising pasal chilled Spritzer. Aik apa benda chilled Spritzer ni?

Cs 1
sumber: twitter

Menurut netizen bernama Anuar, Khairy dikhabarkan turun ke Pulau Pinang sebelum PRU14 lepas untuk berkempen. Tapi sikap beliau yang kononnya demand nak bilik ada air cond dan minum hanya chilled Spritzer (air mineral sejuk) buat ramai orang sekeliling muak melihatnya. Betul ke macam tu KJ?

Kj 1
sumber: twitter

Macam letak garam dekat luka, netizen ni jugak tegur sikap KJ yang bagaikan minta simpati selepas kekalahan BN lepas. Malah tindakan ahli UMNO macam Azwan Bro dan Jamal Yunos jugak dipertikai kerana berniat nak bertanding sebagai ketua pemuda UMNO.

Kj 2
sumber: twitter
Kj 3
sumber: twitter

Tweet kecewa daripada Anuar ni telah mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata netizen bersetuju dan give up dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin UMNO. Ada jugak berpendapat UMNO harus reform semula kalau mahu kekal relevan di hati pengundi. Alahai… macam mana ni ye?

Failed Umno
sumber: twitter

Apa kata KJ? Betul ke khabar angin yang bertiup kencang mengenai dia dan chilled Spritzer? Apa-apapun semoga ahli UMNO tabahlah dengan dugaan yang mendatang. Yang paling penting pilih calon pemimpin yang betul-betul dapat mengangkat parti ni dari kemusnahan.

Buanglah pemimpin-pemimpin yang corrupted ni semua. Tak perlu nak simpan lagi. 

Baca: KJ Disaran Tinggalkan UMNO

Kjjjj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.