in

KJ-Ku Li Berdebat 29 Jun Ni

Page Kuli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua pun sedia maklum sejak kekalahan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Ke-14, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Mohamad telah pun meletakkan jawatan selaku Presiden UMNO.


Sejak itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memegang jawatan pemangku Presiden UMNO. Kini bagi mengisi jawatan sebagai presiden UMNO, tujuh orang calon telah memberikan nama.

Menurut Berita Harian, difahamkan selain Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disahkan akan bertanding jawatan tersebut manakala empat lagi calon dikatakan gagal memenuhi kelayakan termasuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi selama sepenggal.

K2
sumber: youtube

Nampaknya dalam merebut jawatan tersebut, Astro Awani telah mengesahkan dua daripada calon tersebut iaitu Tengku Razaleigh atau Ku Li dan KJ telah bersetuju dan disahkan akan berdebat dalam Program Debat Presiden UMNO pada 29 Jun ini, jam 9.30 malam selama satu jam.

K3 1
sumber: wob

Sementara itu, maklum balas masih dinantikan dari pihak Zahid sama ada beliau bersetuju untuk terlibat dalam debat tersebut.

Zahidhamidi
Sumber: the star

Tengku Razaleigh sebelum ini mengumumkan bahawa beliau sedia menjawab apa sahaja pertanyaan dari calon lain serta sedia mengisytiharkan harta sebelum pemilihan UMNO yang dijadualkan pada 30 Jun ini lapor Astro Awani.

“Saya rela diperiksa dan saya rasa semua calon-calon yang nak bertanding dalam pemilihan UMNO ini pun patut diperiksa bukan hanya diperingkat presiden tetapi peringkat lain sekalipun.”

Sementara itu, ketika KJ ditanya sama ada bersedia untuk menyahut cabaran Ku Li untuk berdebat dan mengisytiharkan perdebatan harta, dia menjawab,

 “Yup, sureWhy not? Ini adalah pemilihan dalam keluarga. Ramai kata tak perlu ada debat dalam keluarga. Saya menyifatkan kenapa tidak?”

Beliau juga melihat perdebatan ini sebagai satu cara untuk memperkuatkan budaya demokrasi dalam UMNO dan dalam politik Malaysia. KJ juga menyatakan kesediaannya dalam mengisytiharkan harta dan akan melakukan beberapa persiapan yang berkaitan sebelum perdebatan.

Tak sabar nak dengar mereka berdebat!

Baca: “Berlakon sikit dalam iklan BN terus jadi actor”

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.