in

“Berlakon sikit dalam iklan BN terus jadi actor”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Khairy Jamaluddin atau KJ kan? Beliau ni juga merupakan salah seorang ahli poitik yang aktif di media sosial. Tapi rupa-rupanya KJ ni ada profesion lain yang ramai tak tau! Aik, KJ ada buat kerja apa pulak ni?


Sumber: Blog

Sebenarnya sebuah surat khabar tempatan ada tulis pasal biodata KJ baru-baru ni. Tapi bila tengok dekat kategori pekerjaan KJ, ramai yang tergelak sebab salah satu pekerjaan yang ditulis di bahagian tu ialah “pelakon”. Wuish pelakon! 

Sumber: Twitter

So, Mat Rodi dah memuat naik gambar keratan akhbar tersebut di Twitter sebab yelah siapa sangka rupanya Abah ni seorang pelakon!

Sumber: Twitter

Disebabkan hal ni, ramai yang memberikan respon dan tak ketinggalan jugaklah ada yang berbaur sarcastic pasal ni. Mereka mengatakan mungkin pihak akhbar tersalah tulis dan ada juga yang mengatakan KJ memang pelakon dalam dunia politik.

Sumber: Twitter

Tapi kan, ramai jugak yang setuju dengan statement dalam surat khabar tu sebab dorang kata KJ ni memang seorang pelakon sebab dah featured dalam beberapa cerita di TV. Oh ye? Tak perasan pulak… Mereka juga mengatakan KJ merupakan pelakon yang baik! Wow!

Sumber: Twitter

Nampaknya KJ pun dah nampak keratan akhbar tersebut dan tweet ni serta tak ketinggalan dalam nak memberikan respon beliau. Seperti biasa KJ tak melatah dan chill je serta sempat bergurau membalas tweet tersebut.

Sumber: Twitter

Mungkin ada kesilapan dari pihak penulis atau mungkin KJ memang sebenarnya sedang berjinak dalam dunia lakonan. Mana tau kan…

Baca: “KJ turun Penang dok kalut mintak Chilled Spritzer”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.