in

“Kita panggil dia buat tak tahu” – Ibu Sampai Terpaksa Panggil Bomba Bila Anak Tak ‘Unlock’ Pintu Kereta Sebab Leka Main Phone

Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas baca kes ni, harap ibu bapa yang rajin bagi anak main handphone fikir balik kalau nak bagi dia sebab sekali diaorang dah dapat mesti akan ketagih sampai tak pandang kiri kanan, tu yang sampai ada sanggup merentan bila tak dapat.


Mungkin, insiden ini menjadi satu sesalan buat seorang ibu dari Pasir Mas, Kelantan kerana buat perkara sedemikian kepada anaknya lepas dah kena kunci dari dalam kereta.

 

Sengaja tak nak buka sebab nak main handphone

64999362 2357952641152926 7187849557672198144 O

Viral di Facebook sekarang ni,pasal seorang anak sedang main handphone ibu kat lantai kereta (tempat letak kaki)  dalam kereta perodua Axia sambil biarkan kereta berkunci dari dalam.

Dikatakan, dia sengaja berbuat demikian kerana dia nak main handphone mak dia lama sikit. Kunci ada kat dalam kereta, ibu tak dapat nak masuk.

Dalam posting tersebut, ayah kepada kanak-kanak itu menjelaskan bahawa anaknya tahu bagaimana nak unlock semula pintu kereta tu tapi dia buat tak tahu dan abaikan sahaja arahan ibunya walaupun dah ketuk tingkap. 

Dah beberapa kali disuruh tapi tak disahut, ibunya yang sedang panik terpaksa menghubungi pihak bomba untuk pecahkan pintu tu.

 

Buat tak tahu walaupun bomba dah rescue

64833262 2357952611152929 7646726045420224512 N

 

Walaupun pihak bomba dah selamatkan anak dia, anak dia masih tak sedar sebab terlalu leka dan terlalu fokus main game/tengok video kat smarphone tu!

Aduhhh! Bahaya betul! Orang lain punya cemas dia tetap main smartphone, jadi lepaskan kena kawal penggunaan gajet ini kepada kanak-kanak kita.

64861721 2357952691152921 8273601673599909888 N

Buktinya pasti korang dapat lihat ada budak kecil jenis tak lekang dengan gajet kan? Bayangkan kalau situasi macam rumah terbakar atau kemalangan insiden mencemaskan berlaku.

MInta simpang!

 

Baca : “Ramai tak faham fungsi jabatan kecemasan” – Rupanya Pesakit Tak Boleh Datang Ke ED, Lelaki Ini Jelaskan Kenapa

Jabatankecemasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.