in

“Ramai tak faham fungsi jabatan kecemasan” – Rupanya Pesakit Tak Boleh Datang Ke ED, Lelaki Ini Jelaskan Kenapa

Untitled Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun lalu, Harian Metro melaporkan hampir 80 peratus pesakit datang ke Jabatan Kecemasan di sebuah hospital bukannya disebabkan kecemasan — sebaliknya menghidap penyakit ringan seperti selesema, batuk dan demam.


Dan ketidakfahaman orang ramai mengenai fungsi jabatan itu menyebabkan pesakit yang benar-benar memerlukan perhatian petugas perubatan, terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan mereka.

Rasanya situasi sama turut berlaku di hospital-hospital lain juga.

Mesti ada juga yang tertanya, kenapa tak boleh terus direct ke Jabatan Kecemasan? Kan tempat untuk jumpa doktor dan ambil ubat juga?

Seorang pengguna Twitter @syaz1farhan menjelaskan sebabnya.

Menurutnya, bukan tak boleh nak datang ke Jabatan Kecemasan cuma perlu tahu atas keperluan apa seperti contoh-contoh yang disertakannya.

Medical Check Up

1. Pemeriksaan Perubatan

Tak perlu datang ED, pergi je mana2 klinik kesihatan, sebab dah terang lagi bersuluh bukan kes kecemasan. Plus ada ujian2 khas dalam borang tu (eg: urine for drug, HIV test). Dekat klinik pun boleh buat.

 

Dsc 1697

2. Tukar Tiub Makanan

Medical term dia Ryle’s tube / NG tube. Tiub2 ni ada banyak je dekat klinik kesihatan dan klinik komuniti. Kalau datang ED, confirm kena duduk Green Zone dan kena tunggu berjam-jam walaupun kes simple.

 

Pakar

3. Rujuk Pakar

Ramai yg suka datang ED sebab dlm mindset, boleh terus jumpa pakar. Tapi kat klinik kesihatan pun ada pakar. Nama dia Family Medicine Specialist/Pakar Perubatan Keluarga. Dia undergo semua disiplin yg ada kat hospital utk jadi pakar. Please get fully use of them.

 

Tube

4. Tukar Tiub Kencing

Medical term CBD. Tiub ni pun ada banyak dekat klinik kesihatan dan klinik komuniti. Kalau datang ED, confirm kena triage ke Green Zone/Zon Hijau dan kena tunggu berjam-jam walaupun simple case.

 

Mc

5. Sambung MC

Ini antara paling common dan paling selalu datang. Utk patient yg dalam rawatan, tapi still perlukan MC sebab still sakit lagi atau tak larat kerja, boleh sambung rawatan + MC dekat klinik kesihatan. Tak perlu datang ED.

 

Oku

6. Surat Perubatan Untuk OKU

Surat ni sama konsep macam borang medical checkup tadi. Doktor dekat klinik kesihatan pun boleh buat pengesahan dengan ujian2 tertentu. Tak payah datang ED dan kena tunggu lama.

 

Kk

7. Second Opinion

Untuk mereka yg tak puas hati dengan rawatan dan diagnosis penyakit yg diberi. Boleh pergi dekat klinik kesihatan dan akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan kalau perlu, akan dirujuk ke klinik pakar untuk pengesahan.

 

Cuci

8. Cuci Luka / Dressing

Kalau tetap nak datang ED, confirm kena letak Green Zone dan kena tunggu lama. By right, boleh je pergi dekat klinik komuniti atau klinik kesihatan. Klinik komuniti siap bukak sampai pukul 10 malam. Petang pun boleh datang.

 

Appointment

9. Terlepas Appointment Klinik Pakar

Tak perlu susah2 datang ED, jangan takut kena marah, pergi je klinik pakar tu and ambik tarikh baru. Kalau sakit tu serius dan masih tengah sakit, masa tu boleh jumpa doktor dekat ED.

 

Ed Trauma

10. Sakit Ringan

Contoh: demam, batuk, selesema, jerawat, pening kepala, bisul dan yang sama waktu dengannya. Kes2 ni confirm duduk kat Green Zone. Boleh pergi kat klinik kesihatan je. Rawatan dengan ubat sama je, yang beza waktu menunggu.

Ini adalah antara sebahagian alasan yang digunakan oleh pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan.

Perlu diingatkan, apa-apa yang kita anggap perlu dirujuk ke Jabatan Kecemasan akan diberi perhatian utama oleh petugas perubatan — ini untuk mengelakkan daripada kita menyalahgunakan jabatan itu untuk kes yang tidak sepatutnya.

Jadilah pesakit yang bijak, dan jangan disebabkan kita — ada orang lain yang memerlukan perhatian utama diabaikan.

 

Baca: Pengsan Tunggu Anak Ambil Ubat, Kepala Pakcik Ini Tercucuk Pada Jeriji Pagar Hospital Taiping

Spital

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.