in

“Kita dah cukup bijak” – Tun M

Page Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari yang lalu, kecoh bila rumah seorang ejen perisik diserbu oleh polis Bukit Aman untuk tujuan mencari dokumen penting. Melalui serbuan itu, barulah orang ramai tahu tentang kewujudan agensi perisikan tersebut yang ada kena mengena dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Menurut Malay Mail, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan mengkaji semula Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia yang telah diletakkan di bawah bahagian penyelidikan yang dikawal secara langsung oleh Najib.

Tun M 3
sumber: malay mail

Katanya, unit seperti itu tidak wujud sepanjang beliau berada dalam kerajaan selama 22 tahun selain tidak dimaklumkan mengenai operasi unit berkenaan. Tun M juga mungkin akan menghentikan unit tersebut.

“Saya belum diberikan penjelasan. Saya tahu aktiviti mereka tidak baik untuk kerajaan, kita tidak mahu mengintip rakyat.”

Tun M juga berkata kerajaan tidak memerlukan mereka mahupun perisik mereka.

Saya rasa kita dah cukup bijak sekarang.”

Sementara itu, sumber yang tak dinamakan berkata unit perisikan itu telah beroperasi sebagai agensi pengintipan dan mempunyai 300 orang kakitangan yang dibiayai dengan pemberian sumbangan.

Wob
sumber: wob

Didakwa tugas agensi ini adalah untuk menjejaki pengkritik kerajaan (Barisan Nasional) di dalam dan di luar negara.

Tak sangka negara Malaysia yang kecik ni ada agensi perisikan macam ni.

Baca: Rumah Ejen Perisik Najib 

Mxa 758X398 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.