in

Rumah Ejen Perisik Najib Diserbu Polis

Mxa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Serbuan yang dibuat di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ni sememangnya menjadi tumpuan namun ramai yang tak tahu terdapat satu lagi serbuan lain dilakukan pada minggu yang sama.


Rumah diserbu itu katanya milik seorang ketua agensi perisikan yang dipercayai membantu Najib. Menurut WORLD OF BUZZ, kediaman seorang pegawai wanita berpangkat tinggi di Seri Kembangan itu diserbu oleh polis Bukit Aman atas tujuan mencari dokumen penting.

Premises Linked To Powerful Spy Agency Helping Najib Raided By Police World Of Buzz
sumber: wob

Wanita tersebut dipercayai ketua kepada Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO). Difahamkan, Najib sepatutnya memberikan beberapa dokumen kepada wanita itu dua hari sebelum PRU14.

Dua lagi bangunan di Putrajaya dan Jalan Bellamy yang dikaitkan dengan unit perisikan tersebut juga terpaksa ditutup dan diserbu. Malangnya, tiada sebarang dokumen berjaya ditemui. Pegawai wanita yang terbabit juga diarahkan bercuti kerana siasatan polis.

Jib
sumber: wob

Satu portal berita tempatan melaporkan bahawa unit tersebut dipanggil Jabatan Penyelidikan, tapi fungsi sebenarnya lebih kepada agensi perisikan. Pegawai wanita itu bertanggungjawab ke atas 300 kakitangan dan hanya akan melaporkan kepada Najib.

Jabatan tersebut juga dikatakan mempunyai dana yang sangat besar. Tanggungjawab utama jabatan tersebut adalah untuk mencari pengkritik kerajaan Barisan Nasional di Malaysia dan luar negara.

Premises Linked To Powerful Spy Agency Monitoring Najib Critics Raided By Police World Of Buzz 2
sumber: wob

“Jabatan ni basically berfungsi sebagai agensi perisikan dan semua aktiviti dirancang dengan teliti bagi memastikan Najib sentiasa berkuasa. Mereka siap ada cawangan di luar negara,” kata laporan tersebut.

Buat masa ni pihak polis tidak memberikan sebarang keterangan atau mengesahkan isu ini.

Dahsyatnya! Sampai ada unit perisikan untuk cari orang yang kritik pentadbiran!

Baca: Handbag Dan Pakaian Dirampas Dari Rumah Najib

Ok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.