in

Disebut Sebagai ‘Barang Seks’, Indomie Jadi Punca Gadis Ghana Lacurkan Diri

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, mi segera mudah untuk didapati di kedai runcit berhampiran, malah dijual dengan harga yang berpatutan. Namun, lain pula yang terjadi di negara miskin seperti Ghana apabila mi segera dijadikan barang sebagai pertukaran kepada servis seks.


Ze7Krdk64V8Ratda05Xk

Kajian ini dikongsikan dalam satu perbahasan kebangsaan mengenai jenayah seksual dan jantina pasca Covid-19 di Ghana baru-baru ini.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Star Ghana Foundation, ketagihan terhadap mi segera Indomie, duit tambah nilai telefon dan sosial media telah mengakibatkan peningkatan peratusan remaja wanita mengandung di Ghana.

National dialogue on sexual and gender-based violence in a COVID-19 pandemic: Prevalence, drivers and response measures

National dialogue on sexual and gender-based violence in a COVID-19 pandemic: Prevalence, drivers and response measures

Posted by STAR-Ghana Foundation on Wednesday, December 2, 2020

 

Sesetengah remaja wanita akan membenarkan lelaki untuk mengambil kesempatan ke atas diri mereka, jika lelaki tersebut mengizinkan mereka mengakses media sosial di telefon bimbit.

Malah, mereka juga akan menawarkan servis ‘ekstra’ jika ada mana-mana lelaki yang sanggup membelikan mi segera Indomie atau duit tambah nilai telefon bimbit.

Lagos Prostitutes
Gambar hiasan

Pandemik Covid-19 dikatakan menjadi sebab utama berlakunya perkara ini, memandangkan ramai yang terkesan daripada segi ekonomi. Jadi untuk terus hidup, sesetengah remaja wanita terpaksa menawarkan tubuh badan mereka kepada para lelaki.

Lebih mengejutkan, ada juga kes perkhidmatan seks remaja yang dilaporkan mendapat sokongan ibu bapa mereka sendiri, memandangkan mereka tidak mampu untuk mengeluarkan perbelanjaan  buat keluarga.

 

Sumber: Modern Ghana

 

BACA: Pelawak Ramal Ramai Wanita Akan Jadi Pelacur Lepas Covid-19 Berakhir

Capture

 

Sumber: Kumparan
Sumber: Tayo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.