in

“Kesiannya…” – Wanita Thai Gantung Diri, Kecewa Tak Dapat Beli Susu Anak Disebabkan Krisis Covid-19

Combine Tali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada dua orang anak dipercayai telah menggantung dirinya di dalam bilik mandi selepas tak dapat nak beli susu anak akibat krisis Covid-19.


Wanita yang berumur 26 tahun yang dikenali sebagai Irada Lordpet ditemui oleh abangnya di bilik mandi dalam keadaan dirinya tergantung. Lalu dia bergegas menghantarnya ke hospital tapi malangnya dia sudah meninggal dunia, lapor The Nation.

Tali G

Menurut Somjit Siwai, ketua wanita Kampung Pao dimana tempat wanita ini tinggal, dia datang daripada keluarga yang miskin dan mempunyai dua orang anak lelaki yang berusia enam tahun dan enam bulan.

Malah yang lebih menyedihkan, wanita ini telah bercerai dengan suaminya.

Sebelum ini, dia menjana pendapatan dengan menjual yougurt namun akibat pandemik Covid-19 ini dia tidak dapat duit untuk melangsungkan kehidupan. Ekoran daripada itu dia tidak dapat membayar bil-bil dan susu anaknya.

Tali

Oleh itu, wanita ini memohon supaya pinjamannya dilanjutkan dan ketua wanita berkenaan akan call kepada pihak bank.

Tak lama lepas itu, dia mendapat khabar daripada ibu wanita berkenaan menyatakan yang anaknya sudah meninggal dunia.

Walau bagaimanapun, ketua wanita ini masih prihatin dengan keadaan keluarga ini dan dia memohon bantuan kewangan kepada sesiapa sahaja untuk disalurkan kepada ibu Irada.

Krisis pandemik ni memang memberi impak yang besar kepada smeua pihak. Kita berdoa supaya wabak ini segera hilang. 

Baca : “Kat Malaysia orang bagi makanan free pun tak bersyukur” – Bapa Sanggup Jual Telefon Bimbit Sebab Nak Beli Beras Untuk Anak

Beras 3

 

 

 

Sumber: Google
Sumber: The Nation

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.