in

“Kat Malaysia orang bagi makanan free pun tak bersyukur” – Bapa Sanggup Jual Telefon Bimbit Sebab Nak Beli Beras Untuk Anak

Feature 1 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika musim perintah kawalan pergerakan ini, ramai juga rasanya yang gemar memasak untuk keluarga. Masa ni lah kalau nak cuba semua resepi yang kita teringin kan.


Namun, dalam kegembiraan kita menjamu pelbagai jenis juadah, jangan lupa ada keluarga di luar sana yang sudah beberapa hari tak makan disebabkan kehabisan beras.

Admin nak kongsikan tentang seorang bapa di Batam, Indonesia yang terpaksa menjual telefon bimbit miliknya yang telah rosak sebab mahu membeli beras untuk anak-anaknya, lapor Tribun Batam.

Batam 2

Difahamkan, keluarga tersebut telah terputus sumber pendapatan akibat penularan wabak Coronavirus di negara itu.

Kisah keluarga itu telah dikongsikan oleh peguam, Hotman Paris. Ketua keluarga itu, Ason Sopian berhasrat mahu menjual alat telekomunikasi itu dengan harga 10 Ribu Rupiah (RM2.67) untuk mengisi perut anak-anaknya.

Isterinya masih lagi bekerja ketika musim Covid-19 di perusahaan membuat tempe namun tidak mencukupi kerana mereka harus menyara lima orang anak termasuk seorang anak kurang upaya. Allahu, sedihnya.

Setelah kisah mereka mendapat perhatian penduduk setempat, keluarga terbabit telah dibantu oleh Ketua  AKBP Polis daerah Barelang, Purwadi W Anggoro yang menyumbangkan sedikit wang tunai dan makanan.

Batam

Dekat Malaysia ni ada yang bagi makanan free pun, ada yang masih tak bersyukur. Kalau korang mampu untuk tolong golongan ni, boleh lah berkongsi rezeki. 

 

Baca: “Cool gila!” – Unik! Vietnam Sediakan Mesin ATM Beras Untuk Golongan Memerlukan & Ianya Percuma!

Beras

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.