“Kesian oyen tu…” – Viral! Wanita Lari Bawak Kucing Ketika ‘Live’ Mengaku Kucing Tu Miliknya

Jadikan sumber pilihan di Google
“Kesian oyen tu…” – Viral! Wanita Lari Bawak Kucing Ketika ‘Live’ Mengaku Kucing Tu Miliknya

Baru-baru ini tular di media sosial satu video menampilkan seorang wanita berbaju putih tiba-tiba muncul dalam rakaman berita sambil mengendong kucing berwarna oren.

Video itu sempat dirakam oleh seorang pengguna Twitter, lalu ianya telahpun dimuat naik. Tanpa disangka video itu sudah menjadi tontonan ribuan orang.


Namun disebalik kelucuan video itu, ada beberapa individu yang menanyakan, adakah wanita itu kutip kucing jalanan dan membelanya?

Memetik laporan dari News Strait Times, Mayamin Husna Hisham iaitu wanita tersebut mengesahkan dirinya adalah pemilik kucing berwarna oren tersebut.

Difahamkan, kucing itu bernama Neski. Pada waktu itu, kucing tersebut dikatakan telah membuang air besar di dalam kereta.

 

Oyen1Sumber: Twitter

Kerana bajunya putih, dia terpaksa membawa kucing tersebut seperti itu.

Selepas salah satu kucing terbuang air besar dalam carrier, saya berhenti di R&R yang berdekatan untuk membersihkan carrier dan badan kucing-kucing lain yang terkena najis. Akhir sekali, saya cuci Neski,” – Mayamin Husna Hisham

Menurutnya ketika itu dia dalam perjalanan ke rumah ibunya di Sabak Bernam.

Walau bagaimanapun, persoalan netizen sudah pun terjawab. Kucing yang dibawa itu adalah miliknya, bukanlah kucing jalanan.

Sementara itu, lihat di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan kejadian tersebut. Malah ianya turut mencuri perhatian YB Syed Saddiq. Allahu, oyen-oyen…

Hahaha…serious la?

Oyen2Sumber: Twitter

Apa lah akak ni, joging pun bawak oyen.

Oyen3Sumber: Twitter

 

Baca: “Dia buang macam sampah je kat tepi tu!” – Netizen Geram Ada Individu Yang Sanggup Buang Kucing Tepi Jalan

Annotation 2020 06 15 170853

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Hafizul MohdNoor
Semua tulisan Hafizul

Rasa ingin tahu saya adalah hadiah dan laknat. Ia membuatkan saya berasa pening sehingga saya tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kesian oyen tu…” – Viral! Wanita Lari Bawak Kucing Ketika ‘Live’ Mengaku Kucing Tu Miliknya
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kesian-oyen-tu-viral-wanita-lari-bawak-kucing-ketika-live-mengaku-kucing-tu-miliknya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen