Sekarang ni macam-macam kisah kucing yang kita dengar di media sosial. Ada yang happy dan tak ketinggalan juga ada yang sedih. Mungkin yang happy tu boleh hiburkan hati-hati netizen dengar kisah kecomelan kucing.
Namun, apa yang tidak menyenangkan ialah kisah-kisah kucing yang membuatkan netizen sedih, geram malah ada yang tak puas hati dengan sikap segelintir individu yang sanggup buat sesuka hati dengan haiwan comel ini.
Menurut perkongsian di Twitter, ada dua ekor kucing yang sengaja ditinggalkan di tepi jalan bersama dengan sangkarnya. Kelihatan kucing itu takut nak keluar daripada sangkar itu.
Kucing dibuang tepi jalan. Dorang xbiasa kt kwsn luar. Sebab tu diorg duduk je dalam cage tu ? sampai hati Tuan diorg buang diorg mcm tu ? pic.twitter.com/BxiBysWw2E
— DUNIA KUCING ? (@IzwanHs) May 27, 2020
Mungkin masih belum familiar dengan persekitaran kot.
Dilihat daripada fizikal, kucing ini mempunyai tuan sebab fizikalnya masih elok tanpa sebarang cacat cela. Bulu pun lawa.
Mesti tuan dia yang buang ni. Ada ke patut buang kucing comel macam ni…
Dipercayai kejadian ini berlaku di Taiwan dan kucing-kucing itu pun sudah pun diambil tapi belum pasti dah ada yang adopt atau belum.
Kucing ni bukan di Malaysia guys. Tapi di Taiwan. Hope xda kes mcm ni kt Malaysia. Kalau xmampu nak jaga banyak2 kucing. Mandulkan / Asingkan kucing supaya xda aktiviti buat anak. Klau dah terlebih bnyk kucing kt rumah. Cari org yg nk rehome/adopt kucing korang tu.
— DUNIA KUCING ? (@IzwanHs) May 27, 2020
Rata-rata netizen geram dan tak puas hati dengan tindakan individu yang sanggup membuang dan membiarkan kucing itu di tepi jalan.
Ni mesti jenis tuan yang si*l
Dia buang macam sampah je kat tapi tu
Dah macam buang bayi
Tapi, syukurlah kucing tu masih dalam keadaan baik.
Ni gambar diorg selepas diambil. Takut dngn org lain. Mesti diorg tercari2 Tuan kesayangannya diorg ? pic.twitter.com/UcDwvunFqV
— DUNIA KUCING ? (@IzwanHs) May 27, 2020
Korang yang tak nak bela kucing jangan lah buang suka hati. Tak nak bela bagi je dekat orang.
Baca : “Boleh apply jadi bomba dik” – Netizen Puji Adik Ini Lepas Selamatkan Kucing Yang Hampir Lemas