in

“Kesian membe baru nak feeling…” – Dua Lelaki Kena Belasah Waktu Karaoke Sebab Suara Tak Sedap!

Kena Belasah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seriously, siapa je judge suara orang lain time karaoke kan? Tak kisahlah suara kau tak sedap macam mana sekali pun, asalkan kau nyanyi ikut melodi yang betul, tak ada siapa nak kecoh or kutuk. Betul tak?


Tapi, lain pula jadi dekat dua lelaki di Heilongjiang, China baru-baru ni dekat sebuah pusat karaoke.. Menurut WORLD OF BUZZ, dua lelaki sedang karaoke teruk dibelasah kerana suara mereka dikatakan menganggu orang lain. 

Karaoke1
gambar hiasan

Pada mulanya mereka berdua dikatakan tengah chill dekat lounge. Tak lama lepas tu, salah seorang bangun dan mula menyanyi dengan kuat dekat mesin karaoke. Tiba-tiba ada stranger datang dekat dia dan terus kritik. Katanya, teruk sangat lelaki tu menyanyi dan dia siap buat pergerakan tubuh yang macam nak provoke lah.

Lepas dah kritik dan provoke, stranger tu keluar dari lounge tersebut. Disebabkan rasa tercabar, kedua-dua lelaki tersebut ikut keluar dan terkejut sebab stranger tu ada geng seramai 5 orang dekat luar. Dorang berdua kemudian dibelasah dengan geng tu selama lebih kurang 2 minit sebelum mereka tinggalkan dua sekawan tu.

Karaoke
sumber: wob

Difahamkan pihak polis yang terima laporan berjaya tahan kesemua suspek dan terus bawa dorang ke balai polis. Salah seorang suspek berkata,

Sebenarnya kalau mereka tak keluar dari lounge tu, kami dah nak terus balik dah.

Kedua-dua mangsa tu dikatakan hanya cedera ringan dan suspek semua kini ditahan untuk disiasat atas jenayah yang dilakukan.

Baca: 8 Gadis Dapat Gaji RM5,000 Sebulan Hanya Untuk Teman Bos Karaoke, Bercuti & Makan-makan, Tapi Lepas Puas ‘Dipakai’…

Bosssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.