in

8 Gadis Dapat Gaji RM5,000 Sebulan Hanya Untuk Teman Bos Karaoke, Bercuti & Makan-makan, Tapi Lepas Puas ‘Dipakai’…

Bosssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai orang zaman sekarang mencari pekerjaan yang mudah dengan gaji yang lumayan. Tapi hati-hati jangan sampai terjerat!


Baru-baru ni, 8 gadis katanya dianiaya oleh bos mereka gara-gara diberhentikan secara tiba-tiba tanpa sebarang notis dan pampasan. Lebih mengejutkan gaji mereka ini boleh tahan tinggi. RM5,000 sebulan! Wow!

 

Gaji RM5,000 untuk layan bos berhibur, keluar makan & bercuti

Menurut Harian Metro, wanita-wanita yang mendapat gaji RM5,000 ini kerjanya tak terhad hanya di pejabat untuk lakukan kerja pentadbiran. Tapi mereka juga kena menemani bos berhibur, keluar makan bersama dan bercuti di luar negara. Fuh! 

Kesemua wanita-wanita ini juga dilaporkan masih berusia muda, bujang dan cantik serta ditawarkan bertugas sebagai pembantu peribadi.

Shutterstock 336618491
gambar hiasan

 

Lepas puas ‘memakai’, syarikat pecat tanpa notis dan pampasan

Namun semua yang ‘indah’ kata orang tak selamanya kekal kan? Lepas puas ‘dipakai’ bos, sebuah syarikat yang berdaftar sebagai agensi pelaburan dan hartanah telah pecat 8 orang pekerjanya sejak April tahun lalu secara berperingkat tanpa sebarang notis dan pampasan.

Pemilik syarikat tu yang juga seorang lelaki dari China itu hanya membuat sesi temuduga dengan mangsa melalui panggilan video sebelum mereka ditawarkan jawatan sebagai pembantu peribadi.

“Tugas kami semua adalah sama. Majikan kami akan memilih salah seorang antara kami untuk menemani mereka berhibur di karaoke, ke pusat hiburan dan menemani mereka makan sehingga ke awal pagi.

“Selain tugas pentadbiran seperti membuat kajian mengenai pelancongan di negara ini, kami juga turut dibawa bercuti bersama ke luar negara,” luah mangsa bernama Lock, 25 pada sidang media di Wisma MCA.

Bdf5A412 Db51 42Fd 8E51 E675A1374D3F 169
gambar hiasan

 

“Perkara ini perlu dihentikan, jika tidak ramai wanita jadi mangsa syarikat ini” 

Menurut seorang mangsa bernama Sarah, 22, dia yang telah bekerja di Johor pada Disember 2018 lalu telah tiba-tiba dibuang pada Januari lepas.

“Sehingga kini saya tidak dapat menghubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan. Kami pernah ke Pejabat Buruh untuk menyelesaikan masalah ini, namun wakil dari syarikat berkenaan tidak memberikan kerjasama,” katanya.

Mca
sumber: hm

Sementara tu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, dia sudah pun berhubung dengan majikan terbabit namun mereka tak hadir seperti dijanjikan. Oleh itu tindakan undang-undang akan diambil untuk selesaikan kes ini.

“Saya mahu berhadapan dengan mereka melalui undang-undang. Perkara ini mesti dihentikan, jika tidak semakin ramai wanita yang menjadi mangsa kepada syarikat ini,” katanya.

Itulah dia, lain kali check dulu sebelum nak apply kerja kalau gaji dan job scope tu macam meragukan. Takut bila dah jadi macam ni… habuk pun takdak dah sekarang. 

Baca: “Mak dia tu pelacur, bagi makan anak dia duit macam tu, halal ke cikgu?”

Pel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.