in

“Kesian dia sejuk” – [VIDEO] Lembu Terperangkap Dalam Banjir Buat Netizen Sebak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, hujan lebat minggu lepas telah menyebabkan beberapa daerah di negeri Pahang mengalami banjir. Banjir kali ni cukup dahsyat sehinggakan ada rumah yang ditenggelami air hingga ke paras bumbung.


Selain dari penduduk, haiwan sekitar kawasan kejadian juga turut terkesan dengan banjir ini. Satu video yang tular oleh @fyqamurfiqah berkenaan kejadian banjir itu mendapat perhatian netizen yang turut terkesan. Dalam video tu kita boleh tengok haiwan ternakan terpaksa ‘berendam’ tatkala banjir. Korang tengok video kat bawah ni.

 

Kesian dia sejuk

Kesian admin tengok lembu-lembu dalam video ni. Mesti sejuk kan berendam dalam banjir tu. Lapar pun satu, rumput takde nak makan macam mana. Nasib baik ada orang datang hulur makanan.

Admin pun tersentuh gak. Banjir paras bumbung memang terpaksa lah lembu-lembu ni berenang lama-lama sambil cari makan.

Lembu pun sejenis mamalia. Nak kan panas untuk rasa selesa. Kesian admin tengok kesejukan berendam dekat seminggu dah. 

Harap cepat lah surut air banjir ni. Tak sampai hati admin tengok lembu-lembu ni kelaparan dan kesejukan. 

 

Baca: “Kalau Wan mati hari ni..”  Nenek Terpaksa Berpaut 18 Jam Atas Pokok Manggis Lepas Rumah Dinaiki Air Banjir Hingga Paras Bumbung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.