“Kalau Wan mati hari ni…” – Nenek Terpaksa Berpaut 18 Jam Atas Pokok Manggis Lepas Rumah Dinaiki Air Banjir Hingga Paras Bumbung

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kalau Wan mati hari ni…” – Nenek Terpaksa Berpaut 18 Jam Atas Pokok Manggis Lepas Rumah Dinaiki Air Banjir Hingga Paras Bumbung

Air banjir yang semakin deras naik hingga ke tahap bumbung rumah telah menyebabkan seorang nenek berusia 74 tahun ini terpaksa berpaut pada sebatang pokok manggis selama lebih 18 jam sebelum bantuan datang. Allahu… 

Menurut Harian Metro, Razmah Sarip, 74, menceritakan detik cemas berkata, dia bersama anak perempuanya yang tinggal di Sungai Kerak, Kuala Gali, Raub tidak menyangka banjir naik secara mendadak dan deras hingga mengakibatkan beberapa struktur rumahnya runtuh.


Wan tak fikir apa, kalau Wan mati hari ini, harap yang baiklah untuk Wan.”

WanSumber: Harian Metro
Nek Wan duduk dua dari kiri dengan anak perempuan dan cucunya

Tambahnya lagi, air banjir mulai naik sekitar jam 1.30 petang pada hari Ahad lalu dan ia dijangka akan surut beberapa jam kemudian. Namun tidak pula dia jangka, kali ini lain pula jadinya kerana makin lama, air menjadi makin tinggi.

“Hingga air sampai 1 meter, anak bawa Wan keluar, kebetulan kami jumpa pelampung kecil yang hanyut di depan rumah… kami berpaut pelampung sebelum naik ke atas pokok manggis berhampiran.

“Wan terpaksa menahan lapar dan sejuk sepanjang malam, nasib baik anggota keselamatan jumpa kami atas pokok pada 5 pagi,” katanya, sebak.

135012981 432185084808535 5562455208918981844 NSumber: Facebook
Rumah musnah di Raub
136706010 432185134808530 1259182247945618427 NSumber: Facebook
Situasi banjir di Raub

Menurut anak perempuannya, Rosmawati Rasman, 44, rumah mereka antara empat rumah yang terletak berdekatan Sungai Kerak dan semuanya kini ditenggelami air hingga ada yang musnah akibat banjir.

“Rumah kami musnah dan selepas ini perlu mulakan hidup baharu. Sudah tentu sukar kerana saya hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan suami bekerja sebagai penoreh getah.

“Sementara ini kami sekeluarga tinggal di PPS dan apabila keadaan semakin reda, kami mungkin dapatkan bantuan ahli keluarga lain atau mereka yang terbabit bagi mendapatkan rumah (membina kembali rumah) untuk berlindung,” katanya.

Selain nenek ini dan anaknya, ada empat lagi mangsa banjir lain yang terpaksa berlindung di atas  pokok sebelum pasukan keselamatan tiba beri bantuan.

Syukurlah nenek ini terselamat. Kita doakan semoga mereka kuat dalam hadapi dugaan ini. 

Baca: “Kuat menolong orang kampung” – Remaja Harungi Banjir di Kampung Dipercayai Lemas Lepas Terjatuh Dari Perahu

Adik

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kalau Wan mati hari ni…” – Nenek Terpaksa Berpaut 18 Jam Atas Pokok Manggis Lepas Rumah Dinaiki Air Banjir Hingga Paras Bumbung
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kalau-wan-mati-hari-ni-nenek-terpaksa-berpaut-18-jam-atas-pokok-manggis-lepas-rumah-dinaiki-air-banjir-hingga-paras-bumbung/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM