in

“Kesian bomba” – Dikhuatiri Lemas Lepas Kereta Terhumban Masuk Tali Air, Rupa-Rupanya..

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bomba adalah satu unit beruniform yang sangat dihormati oleh semua orang. Banyak kerja dan tugas yang dilakukan anggota bomba sering mendapat pujian netizen. Tapi ada satu berita yang mungkin boleh mengerutkan dahi korang.


Menurut @SinarOnline, anggota penyelamat cuba mencari seorang pemuda yang memandu kereta dan terhumban ke dalam tali air. Apa yang menarik perhatian ialah bomba cari pemuda tu tapi tak jumpa. Rupa-rupanya pemuda tu dah balik ke rumah, mandi dan siap tukar baju. Memang lain macam betul mangsa kali ni.

Sumber: Sinar Harian

 

Kesian abang bomba

Kalau gelak jahat tak? Tu je admin nak tanya, sebab lain macam betul balik rumah dan biar kereta tenggelam. Yang kesian tu dekat bomba lah, tak pasal-pasal mencari orang yang tak ada.

Memang terbaik lah abang bomba. Memang salute habis. Sanggup cari gak walaupun orangnya tak ada. 

Buat cuak je orang yang hilang tu. Orang lain dah risau dekat dia, dia boleh balik mandi tukar baju semua pulak. At least bagitahu lah dulu kan.

 

Baca: “Meh sini abang meh” – Budak Merajuk Sampai Nak Terjun  Bangunan Tinggi, Netizen Cair Dengar Cara Bomba Ni Pujuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.