in

Kes Wanita Diserang Anjing Ganas: Pemilik Pitbull Mengaku Bersalah Dan Didenda RM2,000. Cukup ke?

Jing C

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita semua tahu, minggu lepas ada satu kes seorang perempuan telah diserang anjing di Melaka. Pergelutan yang berlaku menyebabkan wanita tersebut cedera parah dan video rakaman melalui cctv dari seorang pemilik rumah di kawasan tersebut juga tular di media sosial.


Susulan itu, anjing Pitbull tersebut telah diletakkan di bawah tahanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka. Korang mesti tunggu apa nasib tuan kepada anjing Pitbull ni kan?

 

Pemilik Pitbull mengaku bersalah, didenda RM2,000

Terbaru, Liew Sea Hai, pemilik anjing Pitbull dituduh bersalah di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan pagi ini di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. Dia mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda maksimum RM2,000.

Jing1

Bagaimanapun ada pihak yang dilihat tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan. Persatuan Haiwan Malaysia justeru itu mengatakan yang undang-undang sedia ada lemah. Mereka menyarankan agar kerajaan mengambil inisiatif untuk merangka undang-undang yang lebih tegas.

“Seksyen 289 KK adalah undang-undang yang lemah. Majistret tiada pilihan. Bukan tanggungjawab majistret. Ia adalah tanggungjawab kerajaan. Membina undang-undang tegas dan mendidik adalah tanggungjawab kerajaan”

Dilaporkan mangsa kini dalam keadaan parah selepas insiden tersebut dan hal ini berpunca daripada kecuaian pemilik anjing tersebut.

Justeru ada yang melihat denda yang dikenakan haruslah setimpal dan pembelaan perlu diberi sewajarnya kepada mangsa.

Jing2

 

Jadi korang rasa RM2,000 tu cukup ke dengan penderitaan mangsa? 

 

Baca: Kes Wanita Diserang Pitbull : Anjing Ganas Itu Kini Dalam Tahanan Perhilitan & Mencari Tuan Baharu

Jing4

Sumber: Facebook
Sumber: SinarPlus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.