in

Kes Wanita Diserang Pitbull : Anjing Ganas Itu Kini Dalam Tahanan Perhilitan & Mencari Tuan Baharu

Jing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas seminggu kejadian seorang wanita yang dibaham anjing di Taman Tanjung Minyak, Melaka. Korang mesti tertanya-tanya apa update tentang insiden tersebut.


Terkini melalui posting di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, anjing jenis Pitbull itu kini di dalam tahanan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut.

116222067 1327091217498075 6487569521846247002 N 116431756 1327091180831412 170218019249963022 N

Dua hari selepas kejadian, Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika telah mengadakan lawatan dan melihat keadaan anjing Pitbull di DVS Melaka.

116697613 1327091154164748 712735831950761672 N

Persoalan yang timbul sekarang ini apakah nasib yang bakal menimpa anjing Pitbull ini? Menurut DVS sendiri keputusan masih belum muktamad sama ada ingin dilupuskan atau dijadikan guard dog.

DVS juga telah menawarkan kepada orang ramai untuk menjadi tuan baharu yang boleh bertanggungjawab ke atas anjing Pitbull ini agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.

 

Kalau korang berminat boleh laa DM Facebook Persatuan Haiwan Malaysia untuk dapatkan info yang lebih lanjut. 

Baca: “Mampu ancam nyawa” – Pemilik Tak Bertanggungjawab, Anjing Ganas Terlepas Kurungan Serang Wanita Sampai Cedera Parah

Pitbul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.