in

Kes Langgar RapidKL: 3 Cerita Berlainan Dari Netizen Yang Kami Dapat Tahu

F1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kes Langgar RapidKL: 3 Cerita Berlainan Dari Netizen Yang Kami Dapat Tahu
Loading
/

Kisah viral driver bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga langgar 7 buah kereta hangat diperkatakan sejak malam tadi. Meskipun polis dan pihak Prasarana masih menjalankan siasatan, admin nampak ada banyak versi cerita yang keluar dari netizen tentang insiden ini.


Ini beberapa versi kisah netizen yang menceritakan situasi ‘sebenar’ kemalangan di Ampang semalam. Baca boleh, percaya jangan tau gaiss! Tunggu laporan rasmi polis okay!

 

1. Saksi penumpang nampak driver pandu bas secara berbahaya

Ini antara versi pertama yang mula tersebar di media sosial selepas video tu viral di Facebook. Menurut Hesty Natalia, pemandu tu suruh semua penumpang turun daripada bas lepas dia melanggar kereta Proton Saga. 

Tapi pada awalnya pun, pemandu bas tu dikatakan memang sejenis careless driver sebab dia suka ‘cucuk-cucuk’ kereta orang lain sampaikan terlanggar kereta Saga yang lepas tu rempuh gerai burger di tepi jalan.

Whatsapp Image 2018 08 16 At 11.24.11 Pm
sumber: twitter
Dkw P1Wv4Aalksz
Gerai burger terbabit | sumber: twitter

 

2. Pemandu bas terlanggar gerai burger, dikejar dan dipukul beramai-ramai!

Versi kedua ni pulak antara versi yang paling femes sebab sedang tersebar luas di grup WhatsApp. Menurut versi ni, driver bas tu actually tak sengaja terlanggar gerai burger sebab nak mengelak motor. Tapi akibat takut dikejar pemuda dari Flat Columbia, dia terpaksa naik atas bas semula dan pandu dalam keadaan panik.

Versi ni memang panjang tapi basically dia nak cerita yang pemandu bas ni tak salah dan tindakan orang ramai pukul dia sampai setengah mati tu yang tak patut. Korang bacalah sendiri.

Dkw1Dymuyaeyli8

Dkw1Dynvsaa0B97

Dkw1Dypu8Aaowwa

sumber: twitter

 

3. Kisah mak dengan baby kena langgar tak wujud?

Kalau semalam heboh cakap seorang wanita dan baby hampir cedera gara-gara dilanggar bas, tup-tup versi ni cakap sebenarnya tak wujud pun watak dua orang manusia ni! Biaq betoiii??

Lebih menyedihkan driver tersebut sekarang dalam keadaan kritikal akibat kena pukul dengan pedang samurai dan kayu. Netizen dikatakan hanya create cerita supaya senanglah si kaki pukul tu terlepas dan letak kesalahan kat orang lain.

2 10
sumber: facebook
39294902 1704387556326730 3975874916946804736 N
sumber: facebook

Walau macam manapun, diminta netizen dan mana-mana orang kat luar sana hentikanlah buat sebarang spekulasi atau reka jalan cerita yang makin mengelirukan orang awam. Lebih baik kita doakan yang elok-elok je untuk semua yang terlibat! 

Gentle reminder buat pembaca semua. Setakat ni, tak ada confirmation lagi kisah-kisah ni semua benar tau. Apa-apapun kita tunggu jelah kenyataan rasmi daripada polis. 

Baca: Pemilik Kereta Boleh Tuntut Ganti Rugi, RapidKL Mohon Maaf 

Rapidkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.