in

Kerana Sayangkan Lighter, Tangan Lelaki Tersangkut Dalam Lubang Jamban

Bg 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nilai sesebuah barang atau benda itu tergantung pada orang yang memilikinya. Barang yang murah juga boleh mempunyai nilai yang tinggi pada mata pemilik jika ia terdapat sentimental value.


Namun, jangan pula sampai kita merana oleh kerana sayang akan sesuatu benda yang mudah saja untuk ditukar ganti.

Baru baru ini, seorang lelaki dari Temerloh terpaksa tanggung derita selama tiga jam dek kerana ingin menyelamatkan lighter yang terjatuh di dalam mangkuk jamban.

3 E1499052119537
gambar hiasan

Kira-kira jam 4 petang Khamis lalu, lelaki berusia 30 tahun tersebut berada di dalam tandas kediamannya yang terletak di Taman Seri Kemuning, Temerloh, Pahang.

Dikatakan lighter miliknya telah terjatuh ke dalam lubang jamban dan atas sebab tersendiri lelaki itu bertindak untuk beranikan diri dan memasukkan tangan kanannya jauh ke dalam lubang jamban untuk mengambil semula namun dia tidak berjaya.

Gagal mendapatkan barang itu semula, pihak bomba terus dihubungi sekitar jam 4.18 petang untuk membantunya.

2 2
sumber : the star

Pihak bomba kemudian tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian dan memulakan sesi menyelamatkan mangsa.

Pasukan bomba telah memecahkan jamban itu dan memotong paip besi untuk melepaskan tangan lelaki tersebut dari sekatan paip. Lelaki berkenaan kemudian segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Hand Stuck Toilet 1 3006
sumber : the star

Operasi yang memakan masa selama 3 jam itu berakhir pada pukul 7.43 malam. Lama tu!

Sayang punya pasal, tak semena tanggung derita.

Baca : Anak Orang Kaya Bakar Mercedes dan Pam Jam Rolex Dalam Lubang Tandas Untuk ‘Suka-suka’

1 E1499053172447

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.