in

Anak Orang Kaya Bakar Mercedes dan Pam Jam Rolex Dalam Lubang Tandas Untuk ‘Suka-suka’

Page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap anak muda yang berasal dari keluarga yang kaya sudah pasti dicemburui ramai terutamanya mereka yang memandu kereta mewah, memakai pakaian berjenama mewah dan tinggal di dalam banglo atau rumah agam milik keluarga.


Namun, anak-anak muda yang popular dalam kalangan pengikut akaun Instagram Rich Kids of London baru-baru ini dikecam netizen selepas melakukan sesuatu yang menimbulkan kontroversi, lapor Mirror.

Anak-anak muda itu merakamkan video mereka ‘menghapuskan’ barangan mewah termasuk membakar sebuah kereta Mercedes dan membuang jam tangan jenama Rolex dan mengepamnya di dalam lubang tandas.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan orang ramai adalah, mereka sengaja melakukan itu untuk menayangkan kemewahan! Malah mereka dikatakan berbuat demikian kerana ‘bosan’.

Apahal

 

Di dalam video pertama menunjukkan seorang remaja memegang jam tangan Rolex berwarna hijau sambil turut menayangkan jam tangan yang dipakai, juga berjenama Rolex.

Jam

Tanpa menunggu lebih lama, remaja tersebut mencampakkan jam tangan itu ke dalam lubang tandas sebelum mengepamnya. Membazirnya!

Gif

Manakala, di dalam video yang kedua pula seorang remaja dilihat mencampakkan sesuatu ke dalam kereta Mercedes G-Wagon menyebabkan api menjadi marak. Mereka malah seperti sedang berseronok dan bersuka ria dengan tindakan bodoh mereka membakar kereta mewah itu.

Bakar

Seorang lelaki boleh didengari berkata,

Ambil gambar! Saya mahukan gambar!.”

Mercedes G-Wagon merupakan sebuah pacuan empat roda mewah yang bernilai 88,000 British Pound (RM482, 663). Disebabkan tindakan itu, netizen rata-rata menyelar mereka dan menyatakan rasa marah kerana apa yang dilakukan remaja itu semua adalah satu pembaziran.

G 2

Seorang netizen berkata,

“Apa yang dilakukan ini membuktikan bahawa wang tidak boleh membeli kewarasan.”

Mereka sepatutnya bersyukur dan menghargai kemewahan yang dirasai. Cubalah hargai apa yang diberikan oleh ibu bapa!

Tidak semua beruntung dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya dan dilimpahkan kemewahan sejak kecil. Malah, ramai lagi di luar sana yang hidup dalam kemiskinan serta masih mengharapkan bantuan.

“Anda membazirkan kesemua wang yang anda miliki, walhal ramai orang tidak mempunyai wang langsung untuk membeli makanan. Hargailah apa yang anda miliki, bukannya membakar barangan anda untuk menggembirakan hati.” komen seorang netizen.

 

 

Tonton kedua-dua video itu di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=hzd_lBFo6jg

https://www.youtube.com/watch?v=rD4ozvwZDcM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.