in

“Kenapa kau pergi tinggalkan aku?” – Kekasih Sebak Bakal Tunang Antara Mangsa Maut Bas Terjunam Dalam Longkang di Sepang

Bas Ayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sudah 2 hari berlalu, keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan meragut 12 nyawa melibatkan sebuah bas pekerja terjunam dalam longkang sedalam 10 meter berdekatan MAS Kargo Sepang ini masih memberi kesan yang mendalam kepada yang terlibat.


Antara kisah yang menyentuh hati admin ialah impian sepasang kekasih yang sepatutnya dijangka bertunang pada Jun ini berkecai selepas bakal tunangnya meninggal dalam kemalangan tersebut, menurut Harian Metro.

 

“Kami merancang bertunang Jun ini. Saya sudah beritahu bapanya keluarga kami akan hantar rombongan” 

Menurut kekasih mangsa, Hamirul Nizat Abdullah, 27, dia dan bakal tunangnya, Ayu Zulkarnain, 23, telah memasang impian untuk bertunang Jun ini dan dia juga telah berbincang dengan bapa mangsa untuk menghantar rombongan ke Medan, Indonesia.

47191719 1871870469514913 5736224652565413888 N
sumber: facebook

“Kami merancang bertunang Jun ini. Saya sudah beritahu bapanya keluarga kami akan menghantar rombongan meminang ke Medan (Indonesia). 

“Saya penyelia manakala Ayu bertugas sebagai kerani di tempat kerja kami itu.

“Kami sudah mengenali hati budi masing-masing serta bersetuju meneruskan perhubungan dengan pertunangan.

“Hujung tahun ini atau awal tahun depan kami merancang melangsungkan pernikahan,” katanya.

Pun begitu, perancangan tersebut musnah dengan begitu sahaya apabila Ayu disahkan antara 12 orang mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut.

258916
sumber: bernama

 

“Kali terakhir Ayu menghantar WhatsApp… maklum bas pekerja datang lewat, kemudian saya hubungi… tiada jawapan” 

Menceritakan detik-detik dia mengetahui kemalangan tersebut berlaku, Hamirul berkata, dia pada ketika itu mendapat panggilan telefon dari sekerja yang memaklumkan kejadian sekitar jam 1 pagi.

Hati Hamirul bagaikan disentap apabila diberitahu Ayu ialah salah seorang daripada mangsa yang maut di tempat kejadian.

38303417 148000609420569 6534018061907787776 N
sumber: facebook

“Kali terakhir Ayu menghantar WhatsApp malam hari kejadian itu memaklumkan bas pekerja datang lewat.

“Kemudian saya hubungi menerusi panggilan telefon dan WhatsApp namun tiada balasan.

“Pada 1 pagi saya dapat berita Ayu seorang daripada mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan bas pekerja itu.” 

Sejurus mendapat tahu akan keadaan Ayu, Hamirul terus menghubungi keluarga kekasihnya di Medan.

 

“Kenapa terlalu awal kau pergi meninggalkan aku… sedangkan kita merancang untuk membina kebahagiaan bersama” 

Terlalu pilu akan pemergian bakal tunangnya, Hamirul telah meluahkan rasa sedih di Facebook yang membuat rata-rata netizen sebak membacanya.

Hamizat

56508701 2050632511638707 160199922203754496 N
sumber: facebook
52454257 1986390974729528 475103642991460352 N
sumber: facebook

Menurut Hamirul, dia difahamkan majikannya akan melakukan urusan membawa jenazah Ayu pulang ke kampung halaman di Sei Rampah, Medan untuk disemadikan di sana. Ayu merupakan anak ke-3 daripada 5 adik beradik.

Semoga keluarga dan kekasih mangsa terus kuat hadapi dugaan ini. Al Fatihah… 

Baca: 11 Pekerja Maut, Bas Kilang Terjunam Masuk Longkang Sedalam 10 meter di Sepang

Bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.