in

Kenali Hamako Mori, Gamer & YouTuber Tertua Dunia Berusia 90 Tahun

1Gamer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasannya seorang yang sudah lanjut usia akan menikmati baki usianya di rumah dan tak berbuat apa-apa. Lain pula yang berlaku di Jepun dimana seorang wanita berusia 90 tahun telah memecahkan rekod dunia apabila menjadi seorang ‘Gamer YouTuber’ tertua di dunia.


Hamako Mori atau lebih dikenali “Gamer Grandma” telah berjaya mengumpul seramai 510,000 subscriber di channel YouTube miliknya. Sehingga kini, beliau telah memuat naik puluhan video di channel miliknya.

Screenshot 2021 06 13 At 12.00.11 Pm

Mula memuatnaik video pada sekitar 2015, Mori memuatnaik 4 video dalam masa sebulan sejak dari tahun itu. Antara content yang dimuatnaik adalah unboxing dan streaming permainan videonya.

Hobi mengumpul permainan konsol telah bermula sejak tahun 1980 dan konsol pertama milik Mori adalah Cassette Vision yang diperolehnya apabila Jepun memasarkannya pada 30 Julai 1980.

Menurut CNN Business, kehadiran Mori dalam dunia permainan konsol dan YouTube telah mendapat pengiktirafan dari Guiness World Records baru-baru ini. Antara permainan video yang menjadi kegemaran Mori adalah Grand Theft Auto.

Screenshot 2021 06 13 At 12.00.24 Pm

Tambah Mori lagi, dengan keadaan umurnya yang lanjut, beliau merasakan ia pilihan yang terbaik dalam hidupnya.

Untuk korang yang nak tengok sendiri Hamako Mori beraksi di YouTube, korang boleh klik SINI.

Screenshot 2021 06 13 At 11.59.49 Am

 

Baca: Untuk Hiburkan ‘Subscribers’, YouTuber Ini Rela Ditanam Hidup-hidup Di Dalam Keranda Selama 50 Jam

Screenshot 2021 06 13 At 12.02.54 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.