in

“Kenapa perlu ubah peraturan?” – Wanita Jepun Persoal Kelonggaran Berhijab Di Tempat Kerja?

Syaz Ft 2026 08 27T160034.587

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan beberapa syarikat gergasi di Jepun untuk melonggarkan etika berpakaian di tempat kerja ia termasuk membenarkan pemakaian hijab dan kebebasan warna rambut.

Perkara itu bagaimanapun mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat tempatan di negara berkenaan.


Isu ini mula mendapat perhatian selepas langkah yang diambil oleh jenama pakaian Uniqlo kini turut diikut langkah oleh rangkaian kedai serbaneka terkemuka, Family Mart (Famima). Syarikat-syarikat berkenaan memperkenalkan garis panduan penampilan baharu yang membenarkan pekerja wanita berhijab serta memberikan kebebasan dalam pemilihan warna rambut.

Artikel berkaitan: “Heads up!” – Tindakan Pemain Brazil Peluk & Pujuk Pemain Jepun Lepas Kalah Buat Ramai Netizen Sebak!

Artikel berkaitan: Malaysia Hantar 3 Ekor Gajah Ke Jepun Sebagai Usaha Mantapkan Program Konservasi Dan Pembiakan

Langkah berkenaan diperkenalkan atas dasar kepelbagaian (diversity) serta usaha syarikat untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja asing di tengah-tengah isu kekurangan tenaga kerja yang makin ketara di Jepun.

Persoal Trend Syarikat Jepun ‘Mengalah’

Walau bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah warga tempatan. Seorang individu menerusi hantaran di media sosial tampil mempersoalkan sejauh mana syarikat tempatan perlu mengubah budaya kerja sedia ada demi ‘melayan’ kehendak pekerja asing.

1 1

“Selepas Uniqlo, kini Famima pula. Saya faham jika ia sekadar kebebasan warna rambut, tetapi sehingga melonggarkan peraturan pakaian seragam untuk hijab?

Ia berbunyi seperti ‘bertimbang rasa untuk kepelbagaian’, tetapi adakah mereka perlu pergi sejauh itu untuk menyesuaikan diri dengan pekerja asing?” tulisnya.

Wanita berkenaan turut mengakui rasa tidak selesa dengan trend semasa di mana syarikat Jepun dilihat semakin kerap mengubah standard tempat kerja mereka.

Kenyataannya itu turut mendapat rekasi sama daripada netizen negara tersebut yang menganggap perkara itu sesuatu yang melampau selain menegaskan mereka tidak akan lagi berbelanja di premis tersebut.

Cats 19

Isu pertembungan antara pengekalan norma budaya kerja tradisional Jepun dan keperluan untuk bersikap lebih terbuka terhadap tenaga kerja global ini dijangka terus menjadi topik perdebatan panas seiring dengan peningkatan jumlah pekerja warga asing di negara matahari terbit itu.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.