in

“Kena tipu dengan Sang Kancil ke ni?” – Indonesia Janji Beri Ganjaran Pada Orang Yang Sanggup Keluarkan Tayar Dari Leher Buaya Ini

Collage 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya tak semua benda agensi pemuliharaan boleh buat eh?


Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah (BKSDA) telah menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani selamatkan seekor buaya di Palu, Indonesia.

Menurut Awani, sebiji tayar motosikal telah tersekat pada badan buaya di Palu ini sejak beberapa tahun lalu tau. Kerana BKSDA buntu dan tak ada jalan lain untuk mengeluarkan tayar yang tersekat ini, mereka telah menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menolong buaya malang ini.

Hm30Croc 1580386009
Sumber: harian metro

Kami akan berikan ganjaran tapi jumlahnya tak boleh didedahkan.”

BKSDA berkata, pihaknya terpaksa menganjurkan peraduan ini kerana mereka dah mencuba pelbagai cara termasuk bekerjasama dengan ahli konversi namun masih gagal.

Malah, penjinak haiwan yang terkenal di Indonesia, Panji Petualang juga dah cuba nak tangkap reptilia ini tapi tak berjaya.

Bukan tu je, mereka juga pernah meminta bantuan dari organisasi di Australia yang terkenal dengan pakar-pakar penangkap haiwan buas ternyata usaha mereka juga menemui jalan buntu.

Selepas bertahun-tahun, BKSDA berharap ada orang yang tampil dan boleh membantu mereka menangkap dan mengeluarkan tayar tersebut dari buaya ini kerana risau ia akan mati kerana sukar bernafas.

Pun begitu, BKSDA tak akan sewenang-wenangnya memberi kebenaran kepada orang amatur untuk menyertai peraduan ini sebaliknya mereka akan memberikan laluan kepada pakar penyelamat haiwan.

Ke ada saka ni sebab tu susah sangat nak selamatkan?

 

Baca: “Sepatutnya jangan bunuh” – Buaya Terperangkap Dalam Jaring Dibunuh Dengan Kejam Di Miri Sebab..

Screenshot 2020 01 31 At 5.04.30 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.