“Sepatutnya jangan bunuh” – Buaya Terperangkap Dalam Jaring Dibunuh Dengan Kejam Di Miri Sebab..

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kejam! Tak kira lah haiwan berbahaya atau tak, mereka tak sepatutnya dibunuh dengan kejam. Lagi-lagi waktu mereka tak mampu nak melawan atau mempertahankan diri.

Pagi tadi, satu video tular di Facebook menunjukkan sekumpulan lelaki mengambil keputusan untuk memukul buaya yang terperangkap dalam pukat yang dipasang oleh nelayan di pantai Batu Satu Kuala Beram, Miri, Sarawak.

Sepatutnya, dorang boleh je telefon jabatan hidupan liar untuk lepaskan buaya malang itu, tapi orang awam di situ ambil keputusan untuk pukul dengan tukul dan besi.

Tak cukup dengan tu, dorang rakam pula buaya yang tengah bergelut kesakitan tu. Apa masalah korang ni? Rasa hebat betul lah dapat buat buaya tu macamtu? Ini link kalau korang sanggup nak tengok.

Menurut MyMetro, Pengerusi Pencinta Alam Miri, Musa Musbah berkata, walaupun reptilia ini sudah tak dilindungi, ia perlu diberikan peluang untuk hidup dan dilepaskan ke habitatnya.

“Buaya air masin ini keluar ke laut untuk mencari pasangan. Sekarang musim bulan gelap dan air pasang. Keadaan ini memudahkan haiwan itu untuk keluar dari muara dan terus ke laut.”

“Mereka boleh saja penguatkuasa untuk uruskan haiwan ini. Ini adalah kekejaman terhadap haiwan dan mereka patut ditangkap dan didenda.”

Admin setuju. Memang patut dorang kena tangkap sebab pukul buaya ni. Tak faham betul dengan manusia yang suka sangat dera binatang ni. Dorang ni mesti buaya darat!

 

Baca: “Sekali dia ngap, tak dan mengucap” – Netizen Kecam Gadis Tunjuk Bakat Dukung Buaya ‘Jinak’

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Brief description: Seorang penulis yang masih mencari identiti diri. Sedang cuba mencuri masa untuk mendalami falsafah sambil meneruskan hobi menonton Netflix.