in

“Kena paksa murtad” – 9 Jenis Penindasan Terhadap Muslim Uighur di Kem Tahanan Xinjiang

Cina

Semakin lama semakin ramai orang tahu dan sedar tentang apa yang sedang berlaku terhadap orang-orang Muslim Uighur di kem tahanan Xinjiang. Mereka dizalimi Parti Komunis dan ditindas dengan pelbagai cara.

Mereka diculik, diseksa, dirogol, dibunuh,dipisahkan dari keluarga dan bermacam-macam lagi. Bermacam jenis seksaan mereka terpaksa hadapi dari China namun seperti yang kita lihat masih banyak pihak terutamanya media hanya tutup mata.

https://twitter.com/963142835KLBg33/status/1206098275713069057

Antara penindasan yang diterima umat Islam Uighur di China adalah:

 

1. Bayi tidak boleh dinamakan dengan nama-nama Islam

Jika sekiranya ada yang ingkar dan tetap memberi bayi mereka mengikut nama-nama Islam, China mengancam untuk menghalang akses terhadap kesihatan dan pendidikan kanak-kanak itu.

Ughyur7
sumber: business insider
Ui1
sumber: facebook

 

2. Al-Quran dirampas

Mereka telah merampas semua Al Quran dari umat Islam di sana dengan alasan ianya mempunyai isi kandungan yang ekstrem.”

 

3. Puluhan masjid diroboh

Menurut Sinar Harian, imej satelit dan visual diambil oleh sebuah NGO menunjukkan sebanyak 36 masjid dan tapak keagamaan telah dimusnahkan atau paling tidak, kubahnya dialih.

Ughyur6
sumber: sinar harian

Bagi masjid yang terselamat, jemaah perlu melalui laluan khas pengesan logam dan gerak-geri mereka diawasi oleh kamera litar tertutup (CCTV) sebaik sahaja dibenarkan masuk ke dalam masjid.”

Situasi di sini amat menakutkan dan peraturan dikenakan terhadap etnik Uighur terlalu ketat.”

Masjid1
sumber: indonesia inside
Masjid2
sumber: sindonews

 

4. Lelaki tidak boleh panjangkan janggut & wanita dimandulkan

Camp
sumber: time
Ughyur4
sumber: blog

 

5. Dipaksa makan babi, minum arak

Setiap Jumaat, tahanan akan dipaksa makan daging babi dan kami dilarang solat atau menyimpan janggut yang didakwa sebagai simbol ekstremisme. Satu-satunya bahasa yang dibenarkan di kem itu adalah bahasa cina.”

– Omir Bekali, bekas tahanan.

Ughyur
sumber: bbc

Jika mereka ingkar dan tidak mengikut arahan, mereka akan dipaksa berdiri selama 5 jam dan ditempatkan dalam kurungan seorang diri tanpa diberi makan selama 24 jam.

 

6. Orang tua tidak dibenarkan pantau kegiatan agama anak

 

7. Kanak-kanak tidak boleh terlibat dalam kegiatan agama

Ui7
sumber: facebook
Ughyur3
sumber: blog

 

8. Isteri dipaksa tidur dengan lelaki lain

Kebanyakan wanita terpaksa bersendirian selepas suami mereka dihantar masuk ke dalam kem tahanan Xinjiang. Parti Komunis akan hantar lelaki untuk tidur dan ‘teman’ wanita-wanita ini sepanjang ketiadaan suami.

Ughyur9
sumber: blitz
Ughyur1
sumber: business insider

 

9. Diperintah untuk serahkan semua barangan berkaitan agama

Tidak ada apa-apa barang yang berkaitan dengan Islam dibenarkan untuk disimpan. Antara barangan yang mereka minta etnik Uighur serahkan adalah:

  • Al Quran
  • Sejadah
  • Barangan yang mempunyai simbol bulan atau bintang
Ughyur10
sumber: pulse

 

10. Dipaksa murtad dan nyanyi lagu Parti Komunis

Ughyur8
sumber: sinar harian

Mereka memanggil kami ‘pelajar’ dan dipaksa beratur menghadap dinding dan menyanyikan lagu kebangsaan selama 30 minit pada setiap pagi.”

Jom spread the awareness!

Baca: “Wanita muslim Uighur dibawa ke bilik khas dan dimandulkan”- Penghapusan Etnik Paling Kejam & Tak Berperikemanusiaan

Featured 30