in

Padah Berhutang, Lelaki Dibalut Plastik & Diikat Di Batang Pokok

Ft Hutang Final

Pernah tak korang semua berhadapan dengan rakan atau seseorang yang suka berhutang tapi agak ‘liat’ untuk membayarnya semula? Adakah korang hanya membiarkan sahaja dengan harapan “takpela, nanti kalau dia ingat, dia bayar la” ataupun sebaliknya?

Nah, malang pula bagi seorang lelaki ini apabila dia ‘diseksa’ pada sebatang pokok di Hanoi, Vietnam akibat liat membayar hutang.

Beberapa keping foto yang tular di media sosial memperlihatkan seorang pemuda dalam keadaan tidak berbaju telah dibalut dengan plastik sebelum diikat pula pada sebatang pokok pada minggu lepas. 

Tatu 1

 

Lari dari bayar hutang buat tatu

Memetik laporan Oddity Central, punca dia diperlakukan sedemikian adalah gara-gara dia lari dari membayar hutang tatu yang dibuatnya.

Apa yang lebih malang, Vietnam pada masa kini sedang dilanda pula musim sejuk dimana suhu jatuh di bawah 10 darjah celsius.

Ketika kejadian, beberapa individu melihat seorang lelaki muda, tidak memakai baju dan hanya memakai topi keledar basikal. Tubuhnya dibalut dengan plastik sebelum diikat pada pokok bersama kertas yang bertulis,

Saya benci membayar tatu.

Tatu 4

Gambar lelaki itu telah tersebar pula di media sosial sehingga menjadi viral dalam kalangan netizen di sana.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang dikenali sebagai NQT mengaku sebagai artis tatu yang bertanggungjawab atas ‘seksaan’ itu. Dia yang merupakan pemilik kedai tatu tersebut telah menjelaskan bahawa lelaki dalam gambar itu hanya membayar separuh sahaja daripada khidmat mencacah tatu. 

 

Tangkap untuk bagi pengajaran

Rakannya berjaya menangkap lelaki itu dan membawanya ke kedai untuk memberinya ‘pengajaran’.

Pemuda ini membuat tatu di tangannya, tetapi melarikan diri dan mengelak saya sehingga hari ini.

Disebabkan itu, kami menanggalkan bajunya, membungkusnya dengan plastik dan mengikatnya di pokok sebagai hukuman. 

Tatu 3

Tidak jelas berapa lama lelaki itu terpaksa menghadap ‘seksaan’ tersebut dalam cuaca yang sejuk sambil menjadi tontonan orang yang lalu lalang, namun pemilik kedai tatu itu berasa kasihan dengan keadaannya dan bertindak untuk melepaskannya sesudah itu. 

Dia tak ada duit untuk membayar, tapi saya maafkannya.

Tatu 2

Baca: “Selamat menikmati wang haram” – Mak Kutu Bawa Lari Duit 1 Juta, Wanita Hantar Ucapan ‘Bermakna’ di Hari Perkahwinan 

Baca Hutang