in

Presiden Xi Jinping Akui Kadar Kelahiran Di Uighur Berkurang Tapi Tolak Dakwaan Kerajaan Mandulkan Wanita Muslim Di Wilayah Itu

Eu7 E1607221385922

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi sekali Presiden China, Xi Jinping menolak tuduhan telah menindas etnik Muslim Uighur di Xinjiang dalam kem tahanan yag dilakukan sejak 2018.


Penindasan ini kantoi dan telah tular ke seluruh dunia setelah satu rakaman tahanan ramai lelaki memakai baju biru dengan mata ditutup dalam keadaan melutut dengan diawasi oleh polis.

Eu

Eu1

Namun, Xi Jinping mengatakan dengan yakin bahawa kerajaan mereka telah melakukan tindakan yang betul walaupun dikritik hebat kerana melanggar hak asasi manusia.

Semua pihak mestilah membuat perlaksanaan strategi Xinjiang sebagai tugasan politik dan bekerja keras untuk melaksanakannya secara menyeluruh dan tepat untuk memastikan kerja di Xinjiang kekal di arah politik yang benar.”

Tambahnya,

Demi perkembangan agama yang sihat, kita perlu terus pastikan penerapan budaya China dalam Islam di arah yang betul.” 

Banyak betul dorang cakap pasal arah tuju, tapi macam tak ada arah je?

Presiden Xi beranggapan yang kisah Xinjiang ini patut diceritakan kepada semua lapisan secara menyeluruh dan dengan yakin menyebarkan kestabilan sosial di Xinjiang berada dalam keadaan bagus.

Yakin betul ni.

 

Xi dakwa rasa untung, bahagia dan keamanan semua etnik meningkat

Katanya, perkembangan ekonomi, sosial, dan mata pencarian rakyat semakin baik malah tak pernah dicapai sebelumnya dan mendakwa rakyatnya semakin bahagia dan semua etnik berasa semakin selamat sekarang.

 

Kadar kelahiran di Xinjiang menurun

Menurut CNN, pada minggu lalu kerajaan China telah mengesahkan dakwaan yang mengatakan kadar kelahiran di Xin jiang rendah adalah benar namun menafikan dakwaan yang mereka telah melakukan pemandulan secara besar-besaran terhadap wanita Islam di wilayah itu.

Eu3

“Kadar kelahiran di wilayah ini menurun dari 15.88 setiap 1000 orang pada 2017 kepada 10.69 per 1000 orang pada 2018. Ia adalah disebabkan oleh perlaksanaan dasar perancangan keluarga secara menyeluruh.”

Betul atau tak korang nilai sendiri. Cuba komen pendapat korang kat ruang komen.

 

Baca : Australia Dedahkan Penemuan Lebih 380 Pusat Tahanan Uighur Di Xinjiang, Didakwa Lebih 1 Juta Muslim Jadi Tahanan!

Eu2

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.