in ,

“Kena kat adik aku sumpah mati kau” – Pemabuk Buat Hal Lagi, Kali Ni Langgar Budak Sekolah Pulak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Entah apa yang merasuki mereka-mereka ini, setiap hari ada saja berita kecelakaan yang berlaku melibatkan pemandu mabuk yang melanggar pengguna jalan raya yang lain.


Baru-baru ni, viral di Facebook satu kejadian di mana seorang budak sekolah katanya telah dilanggar oleh seorang pemabuk ketika di kawasan sekolah. Alahai! Tahu tak kawasan sekolah tu banyak budak-budak?? 

 

“Doakan adik Cahaya Darwina…” 

Menurut posting tersebut, mangsa yang bernama Cahaya Darwina ni telah dilanggar oleh seorang pemabuk ketika berada di kawasan sekolah.

Mangsa yang lengkap berbaju uniform sekolah dilihat mengalami kecederaan di bahagian bibir dan hidung sehingga berdarah.

 

Walau bagaimanapun, posting ini tidak dinyatakan dengan lanjut di mana dan bilakah kejadian ini berlaku.

 

“Geram aku dengan pemabuk ni! Semoga cepat sembuh adik” 

Rata-rata netizen memang bengang dan tidak puas hati dengan apa yang berlaku ke atas kanak-kanak terbabit. Diharapkan pihak berwajib memberi hukuman berat kepada pemabuk tersebut.

Haih bila agaknya kes berkaitan pemandu mabuk ni nak berakhir ye? Harap-harap kerajaan berikanlah hukuman keras kepada mereka yang buat jenayah macam ni. 

Baca: “Makin banyak pulak kes driver mabuk” – Seorang Maut dan Ramai Cedera Dalam Kemalangan dengan Pemandu Mabuk di Nilai

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.