in

“Kementerian sedia kaji semula undang-undang berkaitan pemandu bawah pengaruh alkohol”- Anthony Loke

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebulan dua ni semakin kerap kita dengar kes libatkan kemalangan disebabkan oleh pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah.


Terbaru semalam seorang individu meninggal dunia selepas dirempuh Ford Ranger dalam kejadian di Jalan Kebun, Klang.

Proses kaji semula undang-undang sedia ada akan dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Pengangkutan minggu depan

Melihatkan perkara ini yang semakin membimbangkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ada memuatnaik posting facebook berkenaan pendiriannya tentang isu tersebut.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zulfakkar Borhan yang meninggal dunia akibat…

Posted by Anthony Loke Siew Fook on Thursday, January 23, 2020

Anthony selaku menteri bertanggungjawab berkata kementeriannya tidak akan memandang mudah ke atas apa yang telah berlaku.

Malah perkara ini akan dibawa dalam mesyuarat pasca kabinet kementeriannya minggu depan

Kementerian Pengangkutan amat memandang serius terhadap kejadian kemalangan yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol. Proses untuk mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan kesalahan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Pengangkutan minggu depan.

Malah rata-rata netizen juga menyuarakan kebimbangan mereka berhubung trend kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk.

Sekaligus meminta isu ini diteliti dan undang-undang berkaitan diperketatkan.

1 25
Sumber: facebook

2 16
Sumber: facebook
3 8
Sumber: facebook
4 5
Sumber: facebook
 

Korang rasa macam mana?

Baca : Saya pagi saja mabuk..- [VIDEO] Ford Ranger Rempuh 2 Motosikal Sebabkan 1 Maut  2 Parah

Ford 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.