in

Kematian CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan Diklasifikasi Semula Sebagai Kes Bunuh

Cradle Ceo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun yang lalu?


Menurut Berita Harian, Nazrin Hassan, 47, sebelum ini dilaporkan terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Homes, Petaling Jaya dan berkemungkinan meninggal dunia akibat terhidu asap.

1 5
sumber: the star

Syarikat Cradle Fund juga dalam satu kenyataan yang dibuat sehari selepas kejadian kebakaran mengesahkan bahawa laporan bedah siasat kematian pegawainya itu berpunca daripada letupan telefon pintar.

Hasil siasatan mendapati tubuh mangsa mempunyai pelbagai komplikasi kecederaan akibat letupan gajet itu yang dicas bersebelahan dengannya.

Nazrin Hassan 1533561517
sumber: berita harian

Walau bagaimanapun, menurut Astro Awani, Ketua Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata berdasarkan laporan pihak bomba, ia kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

“Kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund yang maut pada 14 Jun lalu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh Jumaat lalu.”

“Ini dibuat berdasarkan laporan bomba dan keputusan bedah siasat yang diperoleh.”

Komander Operasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Ramli Harun memberitahu ketika kejadian, mangsa berada di dalam bilik berkenaan seorang diri.

Yy
sumber: nst

Menurut Malay Mail pula, keputusan makmal mendapati terdapat kesan minyak petrol dijumpai pada empat lokasi di kepala, bingkai katil, tilam dan telefon bimbit mangsa serta badannya melecur sebanyak 30 peratus.

Semoga kes ni dapat diselesaikan dengan cepat.

Baca: Lelaki Update Status Tentang Kematian, Meninggal Dunia Sehari Kemudian Sambil Peluk Anak

Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.