in

“Keluarga saya sporting” – Keluarga Gadis Dari Kedah Terima Menantu Afrika Barat Dengan Tangan Terbuka

Hg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Restu keluarga penting untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga. Tapi, bukan senang nak dapat restu keluarga kan? Lagi-lagi kalau pasangan berlainan bangsa.


Tapi bagi wanita dari Kedah ini lain pula, hanya empat bulan berkenalan dengan jejaka dari Guinea Afrika Barat mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan.

Menurut temubual bersama Mstar, wanita yang dikenali sebagai Nur Afilah atau panggilan manjanya Fila berkata dia bertemu dengan suaminya Adama Mohamed Camara di sebuah kafe di Pavilion Kuala Lumpur, Disember lalu.

58610136 1642554312542972 3491738631314341888 N
Sumber: facebook/ aus affan

“Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu tu saya sedang menangis sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang.

“Kemudian dia tiba-tiba datang dekati saya ketika saya bersendirian. Dia pujuk Fila. Mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan.

“Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu. Itulah kan kalau dah jodoh Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba.”

Kalau korang nak tahu, Adama mempunyai ciri-ciri lelaki idaman Fila.

“Dia sangat baik hati, penyayang, penyabar dan bijak. Saya tertarik dengan dia sebab ada ciri-ciri lelaki yang saya nak.

“Dia tak merokok, tak buat benda pelik-pelik, ilmu agama yang tinggi dan amat mementingkan keluarga.”

Bukan tu saja, dua bulan lepas dorang berkenalan, Adama siap ajak Fila untuk pergi tunaikan umrah lagi. Untungnyaaa

58691844 1642554362542967 2292270538896179200 O
Sumber: facebook/ aus affan

“Lepas sebulan dua kenal dia ajak pergi umrah tapi sebab tak kahwin lagi saya cakap tak boleh. Jadi bermula dari situ kami merancang untuk kahwin.

“Saya call beritahu mak tapi sebelum tu saya dah pernah cerita dekat mak pasal suami. Mak cakap kawan elok-elok. Keluarga saya sangat sporting dan supportive.”

“Bila merancang nak kahwin, saya bawa suami balik kampung. Dia pun terharu dengan layanan mak ayah saya.

“Kemudian dia tanya ayah saya dia nak kahwin. Ayah cakap selesaikan dokumen semua kahwin cara sah. Ayah sangat memilih dan garang. Kalau ayah setuju, saya percaya dengan pilihan dia.”

Collage 49
Sumber: facebook/ aus affan

Biasalah, bila ada perkahwinan berlainan bangsa macam ni, ada je mulut-mulut jahat yang nak mengata pasangan ini.

Tapi, mulut orang kita tak boleh nak tutup kan? Gadis ni pun tak terkesan dengan cakap-cakap orang. Yang penting, tuan badan kan?

“Saya tak kisah apa orang cakap sebab saya tahu hati budi suami saya. Hanya yang rapat tahu hati budi Adama.

“Ayah Adama sangat mementingkan pelajaran, al-Quran dah hafal dan dia tahu lima bahasa. Dia juga datang dari keluarga yang baik-baik. Alhamdulillah.”

Untuk Adama pula, ia merupakan cinta pandang pertama. Adama berkata dia tertarik dengan keperibadian dan kecantikan Fila.

58377042 1642554539209616 1667668498899271680 N
Sumber: facebook/ aus affan

“Perkara paling saya suka tentang Fila adalah kebijaksanaannya. cara dia berfikir dan dia juga baik hati.

“Kecantikannya juga tiada tandingan. Hakikatnya saya suka segalanya tentang dia. Saya banyak pergi ke macam-macam tempat, tapi saya tak pernah nampak wanita secantiknya.”

Alaa sweetnya dorangggg. Admin doakan perkahwinan korang bahagia hingga ke jannah. Ameen.

 

Baca: Majlis Perkahwinan Tradisional Ni Betul-Betul Wow! Siap Diarak Atas Tandu

Screenshot 2019 04 29 At 1.18.16 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.