in ,

Majlis Perkahwinan Tradisional Ni Betul-Betul Wow! Siap Diarak Atas Tandu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Majlis Perkahwinan Tradisional Ni Betul-Betul Wow! Siap Diarak Atas Tandu

 
 
00:00 /
 
1X

Seni budaya Melayu antara seni warisan yang sangat menarik untuk dihayati dan dialami. Malangnya ia semakin dilupakan dalam era masa kini kerana dianggap lebih rumit dan melecehkan.

Tapi sebuah majlis perkahwinan di Tanjung Malim, Perak mengembalikan tradisi perkahwinan Melayu apabila ia diadakan secara meriah di Kampung Ketoyong.

Senyum tak lekang

Dalam perkongsiannya di Twitter, lelaki ini berkata ini perkahwinan milik kawan baiknya.

Kedua-dua mempelai bukan saja segak memakai persalinan songket tapi pengantin perempuan turut diarak menaiki tandu ke pentas raja sehari.

Sumber: Twitter

Katanya ibarat dalam setting filem cerita seniman lama, Nordin Ahmad pula. Grand habis!

Majlis khas untuk raja sehari

Majlis tak diadakan di dewan jadi lebih menjimatkan kos. Pelamin singgahsana dibuat dengan dekorasi ala istana, maklumlah khas untuk ‘raja sehari’.

Sumber: Twitter

Bukan sahaja pakaian pengiring je mengikut tema malah tetamu disajikan dengan persembahan silat yang menjadikan suasana lebih menarik.

Wah, memang rasa macam kat istana!

Makan beradab diriingi pengiring

Haaa..love sangat! Terbaiklah pada pasangan pengantin ni sebab tak lupa angkat tradisi seni Melayu.

Waktu makan beradab pun pengiring ikut sekali teman. Haha lain dari yang lain!

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Tahniah kepada pasangan raja sehari ni. Sama cantik, sama padan. Dan majlis pun sangat-sangat menarik.

Jadi pada mereka yang berkeinginan nak membuat kenduri ala Melayu lama macam ni, pastikan buat research dan lantik wedding planner yang betul ek.

Baca: “Kuda Kepang dan Barongan, ini rare!” – Kemeriahan Kenduri Kahwin di Singapura, Pamer Budaya Asli Melayu Sebenar

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: