in

Keluarga Najib Nak Tuntut Harta Rampasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu ni semua orang ternganga dengan jumlah harta rampasan milik bekas PM Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.


Terbaru, menurut Malaysiakini, keluarga Najib dah memulakan proses undang-undang bagi menuntut semula barangan mereka yang dirampas pihak polis.

Sumber: The Malaysian Insight

Sementara itu, mereka juga menegaskan bahawa barangan yang dirampas itu kebanyakannya adalah hadiah daripada rakan-rakan, kenamaan asing termasuk kerabat diraja dalam pelbagai majlis termasuk lawatan rasmi dan acara keluarga seperti sambutan hari jadi, ulang tahun dan majlis perkahwinan.

Sebahagian daripada barang yang dirampas milik saudara-mara dan pihak ketiga.”

Tak cukup dengan itu, mereka juga turut mengatakan kebanyakan barangan tersebut adalah hadiah yang terkumpul selama beberapa dekad dan keluarganya tidak mengetahui berapa banyak telah dibayar oleh pemberi yang telah menghadiahkan barangan itu.

Sumber: Malaysiakini

Selain tu, mereka juga mempertikaikan kuantiti dan penilaian yang diberi dalam sidang media oleh pihak polis memandangkan ia bersifat subjektif dan tertakluk bila hadiah tersebut diberikan.

Najib berkata sebarang penilaian berdasarkan harga runcit dan pada harga semasa adalah tak realistik, mungkin terlalu tinggi kerana barang-barang itu diterima sebagai hadiah sepanjang tempoh berpuluh tahun.

Sumber: Malaysiakini

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan proses penilaian ke atas barangan berkenaan telah dilakukan oleh individu yang pakar dalam bidang tersebut.

“Anggaran nilai barangan rampasan tersebut diterima daripada pakar dan bukannya dibuat sesuka hati lebih-lebih lagi polis mempunyai prosedur operasi standart yang harus dipatuhi.”

Sumber: The Malaysian Times

Difahamkan, banyak barangan yang disita terkandung dalam kotak telah dilabelkan oleh staf Najib sendiri dengan keterangan, gambar, tarikh hadiah dan identiti si pemberi hadiah.

“Sekiranya polis memanggil anggota keluarga kami untuk soal siasat berhubung perkara ini, kami akan menawarkan kerjasama penuh. Kami juga akan mencuba yang terbaik membantu polis mengenal pasti mereka yang telah menyumbangkan hadiah itu selama beberapa dekad.”

Bestnya, admin ni time birthday pun tak dapat hadiah. Huhuhu

Baca: Rampasan Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.