Seorang sebuah pasukan Liga Super tempatan berstatus import telah dipecat dan dikini hidup dalam keadaan tersepit di sekitar Lembah Klang sejak beberapa minggu yang lalu.
Memetik laporan Harian Metro, pengendali yang baru dipecat oleh pasukan di Liga Malaysia (Liga M) itu terpaksa tidur beberapa hari di dalam kereta selepas duit simpanannya habis.
Difahamkan juga, ketika ini jurulatih import tersebut terpaksa tinggal di sebuah stor milik rakannya sementara berusaha mencari dana untuk pulang ke negara asal.
Menurut beberapa sumber terdekat, jurulatih terbabit tidak terus pulang ke negaranya kerana masih menunggu tiket penerbangan yang dijanjikan oleh bekas majikannya sebelum ini.
“Beliau tak balik lagi sebab tiket penerbangan yang sepatutnya ditampung pasukan tak ada. Dalam kontrak jurulatih itu ada menyatakan pasukan akan menampung tiket datang dan balik. Sebab itu beliau masih di sini dan masih tunggu.
Namun, sehingga hari ini bekas majikan jurulatih itu tidak memberi tiket yang dijanjikan. Ini telah menyebabkan beliau terpaksa menggunakan wang simpanan sehingga habis.
Turut dimaklumkan, sebelum ini jurulatih itu bermalam di hotel menggunakan duit sendiri sebelum tidur di dalam kereta dan menumpang stor rakannya.
Menurut laporan, status pengendali itu bukan biasa-biasa apabila pernah melatih sebuah pasukan kebangsaan dan juga pernah bergelar Pengarah Teknikal di luar negara.
Baca: Malaysia ‘Selesa’ Diundi Bersama Oman, Krygystan Rebut Slot Pusingan Ke-3 Piala Dunia 2026