in

Keji Dan Memalukan! Group Facebook Ini Jadi Lubuk Lelaki Miang Kongsi Gambar Nakal

Cats 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penafian: Artikel ini ditulis bukanlah untuk mempromosi Kumpulan Facebook ini kepada para pembaca, namun ia adalah sebagai kesedaran buat kita semua bahawa masih wujud golongan durjana yang melakukan kerja terkutuk ini secara terbuka.


Ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini didedahkan kepada umum. Perbuatan berkongsi gambar-gambar lucah secara terbuka kini semakin berleluasa dan lebih mudah untuk dijumpai.

Jika sebelum ini mereka berkongsikan gambar-gambar lucah di aplikasi Tumblr dan Telegram Channels, kali ini perbuatan terkutuk ini dilakukan secara terbuka di Group Facebook.

Laman Group Skandal Janda Duda Malaysia ini pada mulanya didedahkan oleh seorang pengguna di laman Twitter. Menerima hampir 700 ulang kicau, hantaran ini mendapat perhatian netizen Malaysia yang jijik dengan kelakuan golongan lelaki di dalam kumpulan Facebook tersebut.

Selepas diperiksa oleh Lobak Merah sendiri, ahli kumpulan Facebook ini jelas menjadikan platform ini sebagai medium untuk mereka berkongsi dan bertukar gambar-gambar gadis Melayu yang seksi. Lebih menyedihkan, gambar-gambar itu dicuri dan dimuat naik tanpa keizinan pemilik gambar tersebut.

Boleh muat naik gambar seksi tapi jangan keterlaluan

Dalam penerangan ruangan ‘About’ laman Facebook itu, Admin telah menetapkan beberapa syarat ketat kepada mereka yang mahu turut serta dalam kumpulan jijik ini. Admin menyarankan ahli kumpulan untuk memuat naik gambar nakal, namun haruslah tidak keterlaluan ‘kenakalannya’ itu.

4 6

Lebih mengejutkan, kumpulan Facebook ini baru sahaja dicipta pada bulan lepas (13 Oktober 2020), namun sudah mencapai bilangan 21,400 ahli kumpulan, yang rata-ratanya terdiri daripada kaum lelaki.

5 1

Ahli kumpulan Facebook ini juga tanpa segan silu berbual lucah dan mempromosikan video pornografi secara terbuka. Situasi ini pastinya memudaratkan anak muda kerana kumpulan Facebook ini ditetapkan secara Public, yang membenarkan mana-mana pengguna Facebook untuk melihat ‘isi’ di dalam laman itu.

3 14

1 16

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan ahli laman ini terdiri daripada lelaki yang sudah beristeri, lebih teruk, ada juga yang sudah mempunyai anak dan cucu. Adakah lelaki baik di Malaysia sudah pupus?

Apa yang anda perlu buat?

Kumpulan Facebook ini perlu dilapor secara beramai-ramai agar ia dipadam secara terus oleh pihak Facebook sendiri. Bagaimana cara untuk report?

Anda boleh pergi ke kumpulan Facebook tersebut dan tekan butang Report seperti gambar yang tertera di bawah.

6 1

Cuba bayangkan gambar keluarga kita dikongsi untuk memuaskan nafsu lelaki-lelaki durjana ini. Keji dan menjijikkan!

 

BACA: [VIDEO] Lelaki Terajang & Tunjuk Isyarat Lucah Pada Penghantar Makanan WanitaDi Bandar Puteri Puchong!

Capture 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.