in

[VIDEO] Lelaki Terajang & Tunjuk Isyarat Lucah Pada Penghantar Makanan WanitaDi Bandar Puteri Puchong!

Feat 31

Viral video seorang lelaki bertindak menendang seorang penghantar makanan wanita hingga terjatuh dalam kejadian di Bandar Puteri Puchong semalam.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (cctv) berdurasi selama 57 saat itu menunjukkan lelaki memakai tshirt berwarna hijau menendang penghantar makanan terbabit beberapa kali sehingga terjatuh, lapor Harian Metro.

Nak tengok video, klik kat SINI.

Menurut sumber kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki terbabit didapati tidak puas hati kerana wanita yang menunggang motosikal memotong ketika dia ingin membuat pusingan U.

“Akibat kejadian, lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak menolak mangsa.”

“Mangsa turut ditendang sebanyak tiga kali di bahagian pinggang menyebabkan dia jatuh.”

 

*Video lain dari netizen di facebook

Susulan kejadian itu beberapa penghantar makanan dilihat berkumpul di hadapan premis untuk melakukan protes pada perilaku lelaki terbabit.

Malah mangsa dilaporkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Puchong berhubung kejadian itu.

“Kedua-dua individu berkenaan sudah dirakam keterangan dan pengadu bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara baik serta menarik balik laporan polis yang dibuat,”

Ketua Balai Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan mengesahkan laporan yang diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan yang dialami.

 

Baguslah kalau dah selesai isu ini, semoga semuanya baik2 sahaja…

 

Baca : “Gila lah” ; [VIDEO] Polis Lepaskan Tembakan Pada Tayar Kereta Suspek ‘Cuba Langgar Polis’ Di Lebuhraya Duke

Collage 29