in

“Kejap je dah 6 tahun” – Kereta Porsche Ditinggalkan Selama 6 Tahun, Rupanya Milik Penumpang MH370

Feature 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dah bertahun berlalu, misteri kehilangan kapal terbang MH370 masih belum diketahui. Ramai yang buat teori sendiri tentang penerbangan ke Beijing tersebut namun teori hanyalah kekal sebagai teori.



Kali ini, misteri tentang dua buah kereta mewah yang diparkir di Beijing Capital International Airport akhirnya terbongkar. Kereta Porsche dan Lexus itu dikatakan telah diletakkan di lapangan terbang tersebut selama enam tahun tanpa ada sesiapa pun yang datang tuntut.

Mh 4

Debu pun dah menebal dekat kereta tu. 

Menurut Vancouver Sky, rupa-rupanya kedua-dua kereta terbabit merupakan milik dua penumpang kapal terbang yang hilang. Sedih pulak bila dapat tau. 

Pada mulanya, ramai yang ingat kereta terbabit merupakan milik orang kaya yang lupa nak ambil kereta. Ye lah, orang berada ni kan ada banyak kereta mewah so, mungkin dia lupa ada kereta tertinggal.

Namun, lepas disiasat menggunakan nombor plat kereta, kereta tu dilaporkan dimiliki oleh dua penumpang flight MH370. 

Mh 1

 

Mh 2

 

Mh 3

Bayaran parking kereta tersebut juga dianggarkan telah melebihi 80,000 yuan.

Mh 5 1

Tak sangka pulak jadi macam ni. Sama-sama kita doakan agar misteri pesawat MH370 ini akan terungkai pada satu hari nanti. 

Baca: 6 Teori Aneh Mengenai Misteri Kehilangan Pesawat MH370, Sehingga Kini Masih Belum Ditemui

Mh370

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.