Malaysia Airlines Batalkan Penerbangan Ke Jeddah, Madinah Dan Doha Hingga 1 Mac

Tambah ke Sumber Pilihan
Malaysia Airlines

Sumber: Gambar Hiasan

Semalam, dunia dikejutkan dengan ketegangan di Timur Tengah susulan serangan melibatkan Iran, Israel dan pangkalan Amerika Syarikat.

Situasi itu menyebabkan ribuan penduduk di beberapa negara sekitar terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dan berlindung di kawasan yang lebih selamat.


Susulan ketegangan di kawasan tersebut, ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat telah ditutup sekali gus menjadikan terdapat banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.

Malaysia Airlines (MAS) turut membatalkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Doha, Madinah dan Jeddah pada 28 Februari dan 1 Mac 2026 untuk keselamatan para penumpang dan kru penerbangan.

Menurut laporan Berita Harian, penumpang yang terjejas dengan pembatalan penerbangan oleh syarikat penerbangan sedang diberitahu dan sekiranya diperlukan. mereka akan membantu mengaturkan perjalanan alternatif untuk penumpang terjejas.

Malaysia AirlinesSumber: BERNAMA/BERITA RTM
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: “Tengah beratur nak check in dapat surat” – Puluhan Jemaah Umrah Terkandas Susulan Negara Arab Tutup Ruang Udara

Artikel berkaitan: [VIDEO] Rakyat Qatar Panik, Iran Serang Pangkalan AS Di Qatar

Sementara menunggu penilaian lanjut berhubung situasi keselamatan, penerbangan ke destinasi yang terjejas akan kekal digantung.

Oleh itu, penumpang yang terjejas akan dinasihatkan untuk kemas kini maklumat hubungan mereka melalui ‘My Booking’ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara itu dengan segera.

Walau bagaimanapun, penerbangan Kuala Lumpur-London dan Kuala Lumpur-Paris difahamkan tetap mengikut jadual pada masa ini kerana penerbangan ini menggunakan laluan alternatif yang jauh dari zon konflik yang terjejas iaitu melalui ruang udara Afghanistan.

Sama-sama kita doakan semua rakyat Malaysia yang berada dekat dengan zon konflik berada dalam keadaan selamat. 

Sumber: Berita Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Malaysia Airlines Batalkan Penerbangan Ke Jeddah, Madinah Dan Doha Hingga 1 Mac
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/malaysia-airlines-batalkan-penerbangan-ke-jeddah-madinah-doha-hingga-1-mac/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM