in

Kejam! Wanita Hamil Maut Ditetak Suami Sendiri Gara-gara Cemburu

Fi Bunuh Terbaru

Kerana cemburu, seorang wanita yang sedang hamil ditetak sehingga mati oleh suaminya dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Tawau, Sabah.

Mangsa dikenali sebagai Norhasnah Sahanin berumur 20-an ditemui telah meninggal dunia di ruang tamu dalam sebuah rumah kongsi yang tidak bernombor di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50, Jalan Tawau-Semporna. Kejadian pula dikatakan berlaku pada jam 5 petang.

Ocpd Tawau

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, pihak polis  menerima laporan kejadian itu pada jam 7.06 malam dan terus bergegas ke lokasi kejadian dan seterusnya melancarkan pemburuan ke atas suspek.

Menurut Berita Harian, siasatan awal mendapati suspek ialah warga asing yang berumur 22 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang di situ telah melarikan diri sejurus kejadian itu berlaku.

“Suspek akhirnya ditahan selepas tujuh jam bersembunyi di ladang kelapa sawit iaitu kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada jam 12.05 tengah malam.

“Turut dirampas sebilah parang panjang berukuran 68 sentimeter bersama sarung parang biru dan sehelai seluar panjang.

Beliau berkata lagi, hasil siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca apabila suspek mengetahui bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit, tapi mangsa enggan untuk bercerita lebih tentang hubungan sulit itu.

Katanya lagi, terdapat satu kesan tetakan di belakang leher si mati pada siasatan awal dan disyaki berpunca daripada senjata yang tajam. Selain itu juga mangsa turut dipercayai sedang mengandung.

“Suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya 

Baca : SUAMI TEMBAK ISTERI SUMBAT DALAM TONG SEKALI DENGAN SAYUR CAMPUR SPECIAL; Sekali Lagi Maria Tunku Sabri Tak Sensitif, Namakan Menu Sempena Kematian Orang

Ft Maria