in

“SUAMI TEMBAK ISTERI SUMBAT DALAM TONG SEKALI DENGAN SAYUR CAMPUR SPECIAL” – Sekali Lagi Maria Tunku Sabri Tak Sensitif, Namakan Menu Sempena Kematian Orang

Ft Maria

Tahun lalu, Maria Tunku Sabri dikecam selepas video dimuat naik olehnya menjadi viral di media sosial kerana dia mengaitkan nama menu resipi masakannya dengan kematian anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand.

Kali ini, sekali lagi bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu dikatakan tidak sensitif apabila menamakan resipinya sempena kematian seorang ibu kepada dua anak yang dibunuh suaminya sendiri baru-baru ini.

SUAMI TEMBAK ISTERI SUMBAT DALAM TONG SEKALI DENGAN SAYUR CAMPUR SPECIAL.”

Melalui IGTV, Maria menunjukkan bahan-bahan dan cara memasak menu sayur tersebut namun di bahagian caption pula seolah-olah tidak sensitif dengan apa yang berlaku. Malah, dia turut ‘berseloroh’ dengan bertanya jika ada wanita lain yang mahu disumbat ke dalam tong biru seperti mangsa.

Leha Timah Jeton Jenab Temah Munah nak kena sumbat dalam tong tak????????.”

Baik korang fikir masak masak sebelum kawen dengan laki kuat cemburu tau.”

 

Melalui ruangan komen pula, beberapa pengikutnya turut mentertawakan dan berasa nama menu ‘dicipta’ oleh Maria itu kelakar. Namun, lebih ramai yang mengecam dan mengkritiknya termasuklah chef yang dikenali sebagai Dee Dee.

Menurut Dee Dee melalui Instagram, Maria tidak seharusnya mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain apatah lagi ia melibatkan pembunuhan. Menyelar tindakan Maria, Dee Dee juga berkata makanan tidak seharusnya dihina kerana ia rezeki dan tindakan menamakan sesebuah menu atas kematian orang lain itu biadap.

Kepada semua tukang masak di dunia. Jangan sesekali namakan resipi anda dengan tajuk yang melibatkan orang mati dibunuh. Itu tindakan baidap, tidak beretika, tidak boleh diterima dan tidak bermoral.”

Jangan hina makanan kerana ia adalah rezeki dan bukan untuk dipermainkan. Kalau nak educate orang lain dengan masakan, jangan cari publisiti murahan.”

Baca komen penuh Dee Dee di bawah:

Selepas dikecam hebat, Maria dilihat telah menukar nama tersebut namun masih mengaitkan kes kematian dan pembunuhan tersebut.

SAYUR CAMPUR SPECIAL SEDIH KES SUAMI TEMBAK ISTERI MASUK DALAM TONG.”

Minggu lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan kes jenayah kejam dilakukan seorang suami yang bertindak menembak isterinya ketika tidur menggunakan senapang angin.

Mangsa kemudian disumbat di dalam sebuah tong biru dan ditanam di sebuah ladang serai, kira-kira lebih 30 kilometer dari kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Baca: “IKAN SIAKAP 3 RASA MATI TERTEMBAK DI SEMPADAN MSIA-THAI” – Maria Tunku Sabri Dikecam Sebab Tak Sensitif?

Maria4