in

Kejam! Sekumpulan Lelaki Bergilir-gilir Duduk Atas Penyu Yang Tengah ‘Struggle’ Nak Masuk Balik Dalam Laut

Turtles 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kejam! Sekumpulan Lelaki Bergilir-gilir Duduk Atas Penyu Yang Tengah ‘Struggle’ Nak Masuk Balik Dalam Laut
Icon Loader
/

Admin serious tak faham apa masalah orang-orang yang suka sangat mendera binatang. Lagi-lagi binatang yang tak boleh nak pertahankan diri dorang. Urgh



Menurut Daily Mail, baru-baru ni, tular di media sosial menunjukkan orang-orang tempatan di Indonesia dengan kejamnya ‘menunggang’ belakang penyu masa haiwan yang semakin pupus ini tengah struggle nak masuk ke dalam laut lepas bertelur.

Video ni menunjukkan seorang lelaki tua sedang duduk di belakang badan penyu ini sementara seorang lagi membongkokkan diri dibelakang sambil menyokong tindakan lelaki ini.

Turtle2

Bila lelaki tua ni bangun, korang boleh nampak penyu ni terus nak bergerak laju sebelum lelaki lain naik ke atas badannya sambil makan keropok ditemani oleh seorang lagi lelaki yang membawa anaknya. Dorang ingat kelakar ke buat macam ni?

Tak cukup dengan itu, seorang lelaki lain duduk di atas penyu malang ini sambil kakinya diletakkan di atas kepala penyu tersebut. Eee apa masalah dorang ni?

Turtles

Bila penyu malang ni makin menghampiri laut, seorang lelaki yang memakai seluar pendek berwarna kuning berdiri di atas kaki penyu tersebut. Even penyu ni dah masuk dalam air pun, lelaki-lelaki ni still tak nak bangun dan teruskan menunggang haiwan ini sambil orang lain bersorak kesukaan.

Turtle7

Allahuakhbar, kenapalah nak dera binatang sampai macam ni. Ni tak kira lagi telur-telur penyu yang dorang ambik. Memang tak peliklah banyak haiwan makin pupus sekarang.

 

Baca: “Mana satu binatang ni? si*l betul!” – Video 3 Pemuda Kejam Dera Monyet Sambil Bergelak Sakan

Screenshot 2019 07 10 At 6.46.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.