in

Kejadian Dua Hari Berturut-Turut! Lagi Kes Jalan Berlubang Ragut Nyawa, Kali Ini ‘Food Rider’ Maut di Tempat Kejadian

Ft Jalan Lubang

Baru semalam, seorang lelaki dikenal pasti sebagai Ho Yan Fee, 75, disahkan maut selepas terjatuh apabila motosikal ditunggangnya terlanggar lubang di Jalan Tengah menghala Jalan Syed Putra.

Hari ini, seorang lagi menjadi mangsa jalan berlubang sekaligus menjadikan ia kejadian kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut yang menyebabkan penunggang motosikal maut akibat terlanggar lopak di jalan raya.

Menurut Berita Harian, seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar lopak di bahu jalan ketika dalam perjalanan menghantar pesanan kepada pelanggan. Kejadian itu berlaku di Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada jam 1.15 tengah hari tadi di mana mangsa telah terjatuh selepas terlanggar lubang di atas jalan raya tersebut.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1346029085584048129

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum motosikalnya hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan.”

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sebuah video telah dimuat naik di Twitter oleh individu dipercayai salah seorang saksi ketika kejadian terbabit baru sahaja berlaku. Mayat penghantar makanan tersebut dilihat telah ditutup oleh orang awam sebelum menunggu ambulan tiba.

Baca: Warga Emas 75 Tahun Maut Diseret Selepas Terlanggar Jalan Berlubang

Untitled