in

Kedai Minuman Popular Ini Kantoi Guna Hasil Kerja Orang Lain Tanpa Beri Bayaran!

Iii 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa tahun yang lalu, budaya meminum bubble tea semakin hari semakin meluas di negara kita. Budaya minum teh bersama pearls yang dikatakan berasal daripada Taiwan ini sememangnya digemari ramai. Kiosk-kiosk minuman sebegini dibuka di seluruh negara dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.


Kedai-kedai ini mempunyai peminat setia yang sanggup beratur panjang demi mencuba perisa minuman terbaru apabila ternampak poster kedai minuman ini di mana-mana. Pun begitu, lain pula kisah wanita ini apabila dia terkejut melihat poster satu kedai minuman popular bukan kerana perisa baru yang ditawarkan namun kerana sebab yang langsung tidak disangka.

T2 1
sumber: facebook

Melalui entri di Facebook miliknya, apa yang dilihat oleh wanita dikenali sebagai Nabila Jalil tersebut adalah rupa-rupanya hasil kerja yang dihasilkan sendiri hampir dua bulan lalu. Namun, tidak semena-mena hasil kerja Nabila digunakan tanpa pengetahuannya di poster tersebut.

Berikutan hal itu, Nabila menulis satu entri di Facebook menceritakan kisah tersebut kepada orang ramai. Wanita itu menceritakan bahawa dia telah menerima panggilan temu duga dengan satu syarikat minuman popular. Apa yang pelik, Nabila disuruh mencipta tiga tagline selepas temu duga tersebut kononnya sebagai satu test.

T10
sumber: facebook

Berharap akan diterima berkerja di syarikat tersebut, Nabila bersetuju untuk memberikan tiga tagline walaupun dia masih ragu-ragu dengan prosedur temu duga yang dijalankan. Beberapa minggu kemudian, syarikat tersebut menghubungi Nabila untuk meminta kebenaran menggunakan salah satu tagline yang dihasilkan untuk kegunaan di akaun Facebook mereka sahaja.

Namun, alangkah terkejutnya Nabila apabila mendapat tahu bahawa syarikat popular ini dengan selamba menggunakan tagline tersebut di poster mereka yang ditampal merata-rata tanpa pengetahuannya.

3 7
sumber: facebook
4 3
sumber: facebook
2 5
sumber: facebook

“Hari ni saya nampak tagline yang saya hasilkan digunakan pada poster di kedai mereka. Saya tak tahu tetapi selalunya orang akan dibayar untuk benda-benda macam ni, kan?” kata wanita tersebut dalam entrinya.

5 5
sumber: facebook
6 3
sumber: facebook
8 2
sumber: facebook

Setelah kisah kantoi syarikat tersebut menggunakan idea Nabila tanpa sebarang bayaran heboh di laman sosial, pihak terbabit tampil memuat naik satu entri di Facebook rasmi mereka bagi menjelaskan situasi sebenar.

“Kami sudah cuba untuk menghubungi individu tersebut melalui panggilan telefon dan mesej Whatsapp namun tiada balasan. Kami harap individu tersebut boleh tampil berjumpa supaya hal ini boleh diselesaikan dengan baik…Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.”

T1 1
sumber: facebook

Seelok-eloknya tunggu jawapan balas daripada wanita tersebut dahulu sebelum menggunakan hasil kerjanya. Bila dah jadi macam ni, habis buruk nama syarikat.

Baca: Tak Sangka Butik Terkenal Seperti ZARA Tak Bayar Gaji Pekerja! Ini Taktik Digunakan Staf Mereka…

Zara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.