in

Tak Sangka Butik Terkenal Seperti ZARA Tak Bayar Gaji Pekerja! Ini Taktik Digunakan Staf Mereka…

Zara 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memeriksa tanda harga atau saiz ketika hendak membeli pakaian di butik-butik pakaian kegemaran anda bukanlah sesuatu yang pelik. Tetapi baru-baru ini, isu itu mendapat perhatian ramai selepas beberapa orang pembeli menjumpai nota kecil sewaktu sedang membelek-belek pakaian di butik pakaian terkenal Zara yang bertulis,

Saya pembuat pakaian yang akan kamu beli ini, tetapi saya tidak mendapat bayaran untuknya.” 

Zara 4
sumber: delhi ncr

Ya, bukan harga atau saiz tetapi nota pesanan rahsia. Nota-nota kecil ini dijumpai tersembunyi di dalam poket-poket pakaian oleh beberapa orang pembeli sewaktu mereka sedang membeli-belah di butik terkenal Zara yang terletak di Istanbul, lapor Associated Press. Bayangkan nak check saiz, tiba-tiba dapat pesanan rahsia pula.


Zara 3
sumber: change. Org
Nota
gambar hiasan

Bravo Tekstil, salah sebuah pengeluar yang beroperasi untuk Zara telah dilaporkan tutup semalaman kerana gagal membayar gaji pekerja-pekerja mereka selama tiga bulan! Bukan itu saja, Bravo Tekstil juga gagal membayar elaun pemecatan kepada pekerja-pekerjanya.

Inilah yang menyebabkan pekerja-pekerja tersebut mencari cara lain untuk memaklumkan kepada dunia bahawa hasil kerja mereka tidak dibayar dengan mencetak pesanan-pesanan rahsia dan memasukkannya ke dalam poket-poket pakaian! Pesanan rahsia itu diharap dapat memberikan sokongan kepada mereka dengan menggesa orang awam untuk menekan Zara supaya membayar jumlah wang yang layak mereka terima.

Zara2
sumber: independent

Inditex, syarikat induk Zara yang juga pemilik jenama Mango ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes ini. Difahamkan, ini bukanlah kali pertama jenama fesyen Sepanyol itu terlibat dengan kontroversi.

Menurut WORLD OF BUZZ, butik terkenal ini pernah disaman kerana menyediakan tempat kerja yang tidak selamat serta tuduhan menggunakan buruh kanak-kanak Syria yang berusia seawal 15 tahun selain meniru rekaan pereka-pereka muda yang tidak dikenali ramai.

Zara7
sumber: quartz

Petisyen yang diberi nama “Justice For Bravo Workers” telah ditubuhkan sebagai satu kempen untuk melangsaikan bayaran gaji kepada pekerja-pekerja Bravo yang teraniaya ini dan setakat ini telah menerima 19,000 tandatangan; sedikit sahaja lagi untuk mencecah target 25,000 mereka!

Hal ini agak menyedihkan kerana label Zara dikenali sebagai antara jenama terkemuka di seluruh dunia dengan hasil jualan tahunan berjumlah lebih kurang RM296 juta dan mempunyai lebih dari 2,200 cawangan di seluruh negara.

Semoga pekerja-pekerja yang telah berpenat lelah bekerja tersebut akan mendapat bayaran mereka tidak lama lagi!

Baca: Netizen Kecam Jenama Kosmetik Tempatan Tiru Konsep Sephora dan Jual Kosmetik Palsu

Seffara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.