in

Kecoh Pasal Penemuan Janin Manusia Dekat Pasar Malam, Tapi Rupa-rupanya…

Bukan Janin La Woi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kecoh Pasal Penemuan Janin Manusia Dekat Pasar Malam, Tapi Rupa-rupanya...
Loading
/

Kecoh di media sosial baru-baru ni tentang satu posting Facebook yang menunjukkan beberapa gambar janin manusia dijumpai di pasar malam. Melalui gambar yang viral tu, memang jelaslah nampak macam janin manusia dan di sekeliling susuk tu pula dikatakan tumpahan darah.


“Janin dijumpai dekat atas jalan, di Tapak Pasar Malam Sungai Rambai, Jenjarom semalam. Menurut info, janin tersebut kelihatan masih baru.”

Janin 1

Janin 4
sumber: facebook

Tapi, maklumat yang disebarkan di internet tentang penemuan janin tu rupa-rupanya tidak sahih!

Menurut Harian Metro, ia sebenarnya adalah patung getah yang menyerupai janin manusia! Bukan tu je, hasil pemeriksaan polis mendapati yang ‘darah’ tu sebenarnya adalah cecair pewarna.

Bukan Janin
sumber: facebook

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Suprintendan Azizan Tukiman berkata orang ramai diingatkan supata tak sebarkan maklumat tidak sahih tentang kejadian tu.

“Perbuatan seperti ini mengundang kegusaran di kalangan masyarakat dan dilihat sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu tanpa merujuk kepada pihak berkuasa khususnya polis.”

Tidak pasti individu mana yang menjumpai patung itu atau sama ada ia adalah prank semata-mata tapi pihak polis kemudian dihubungi untuk melaporkan perkara tersebut. Kenderaan polis dan ambulan kemudian tiba untuk memeriksa ‘janin’ yang dimaksudkan.

Janin 3
sumber: facebook

Biasalah netizen kan, perkara yang belum dipastikan kesahihan tapi laju je nak ambil gambar atau video dan sebarkan dekat media sosial. Itulah yang terjadi dalam kes ni dan posting tersebut viral serta merta. Mana tidaknya, netizen kan prihatin dengan kes yang macam ni. Tak gitu?

Sebab tu, Suprintendan Azizan ingatkan kita semua supaya jangan mudah percaya dengan apa yang viral dekat internet atau sebarkan sebelum siasatan polis selesai.

“Individu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.”

Haaa jangan main main, boleh kena tindakan weh kalau suka hati sebar je benda tak sahih. Tapi admin tak faham betul, dah kenapa dia nak jual patung bentuk janin macam tu?!

Baca: Ingatkan Memang Kena Tampar Dengan Cikgu, Rupanya…

Page 12 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.