in

Ingatkan Memang Kena Tampar Dengan Cikgu, Rupanya…

Page 12 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh bila seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun bernama Muhammad Emran Amir dikatakan dilempang cikgunya sehingga leher jadi senget pada hari Jumaat lepas. Tapi rupa-rupanya itu semua hanya fitnah yang dilemparkan kepada cikgu tersebut.


F1
sumber: lobak merah

Menurut Pendidik2u, Cikgu Kokorikulum, Jan Raafi telah membuat laporan polis mengenai hal ini. Dia memberitahu bahawa apa yang dikatakan oleh murid itu tidak benar sama sekali. Dakwaan budak itu melanggar tangannya juga langsung tak berlaku. 

F5
sumber: facebook

Berdasarkan laporan polis yang dah dibuat, dia melaporkan bahawa kesan biru pada leher kanak-kanak itu adalah kesan nila dan cuka yang diletakkan oleh neneknya kerana dikatakan terkena penyakit beguk. Laaaa yeke?

F2
sumber: lobak merah

Difahamkan, sekolah yang mereka hadiri iaitu Sekolah Lubok Kelubi, Hulu Langat kini sedang diserang penyakit beguk dan HFMD dalam kalangan pelajar, jadi Emran pulak antara pelajar yang terkena beguk tu.

Kalau nak tau, Emran ni dijaga oleh nenek sebelah bapa selepas ibu bapanya bercerai. Emaknya pula hanya datang berjumpa Emran setiap hari Isnin kerana hak penjagaan diberikan kepada ayahnya.

Bila mak dia datang melawat pada hari tersebut dia terus melenting sebab menyangka anaknya  ditampar cikgu. Anaknya pula hanya mengiyakan je bila ditanya menyebabkan wanita tu terus pergi ke sekolah mengamuk sebelum membuat laporan di balai. Ya ampun budak ni pun satu…

F3
sumber: facebook

Disebabkan mukanya kini dah viral dan dimaki di media sosial atas tuduhan yang serius, cikgu yang digelar ‘penampar roti canai’ tu dilaporkan telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan.

F4
sumber: facebook

Kita nantikanlah apa perkembangan kes ni. Lain kali tanyalah betul-betul dan berbincang sebelum mengambil tindakan. Tak pasal-pasal buruk nama cikgu tu…

Baca: Leher Senget Sebab Kena Lempang Dengan Cikgu

Sado Tapi Bodo 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.