Kecoh Pakar Paranormal Sangka Jin Islam Muncul di Pusat Karaoke, Rupa-rupanya Ia Hanya…

Tambah ke Sumber Pilihan
Kecoh Pakar Paranormal Sangka Jin Islam Muncul di Pusat Karaoke, Rupa-rupanya Ia Hanya…

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai gambar yang tersebar menjadi tular gara-gara kelibat makhluk halus dikatakan telah memunculkan diri ketika gambar tersebut diambil. Walau bagaimanapun, gambar seperti ini pastinya mempunyai penjelasan yang rasional disebaliknya.

Menurut Coconuts, sebuah gambar yang diambil ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat karaoke di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia telah tular baru-baru ini. Selepas melihat gambar berkenaan ramai yang beranggapan terdapat hantu atau entiti pelik yang sedang duduk di kerusi ketika serbuan dijalankan. Gambar yang menakutkan itu bukan sekadar kecoh dalam kalangan netizen, malah ia turut mendapat liputan media. Seram!


Ghost11
Sumber: Coconuts
Ghost 12
Sumber: Detik News

Oleh itu, Detik News telah mendapatkan bantuan dan nasihat pakar paranormal mengenai gambar berkenaan. Ahmad Hasyim, seorang pakar paranormal dari Probolinggo telah ditemubual dan memberikan pandangannya.

Ghost13
Sumber: Detik News

Kata Hasyim, ‘wanita’ di dalam gambar itu bukanlah hantu tetapi satu makhluk ghaib yang telah mengaburi wajah wanita tersebut bagi menampakkan dirinya. Meremang!

Ketika gambar diambil, makhluk itu telah menutup wajah wanita itu dengan wajahnya.”

Tambah Hasyim lagi, makhluk ghaib itu berkemungkinan merupakan jin Islam yang menjelma di dalam rupa hantu pontianak. Erkk ye ke ni? 

Penerangan dan pandangan Hasyim telah diterima dan dipercayai sehinggalah pihak polis yang menyertai serbuan di pusat karaoke itu telah mengesahkan bahawa ‘hantu’ yang kelihatan di dalam gambar tersebut merupakan antara pembantu karaoke wanita yang berada di situ. Laa pulak dah…

Ghost14
Sumber: Instagram

Ketua polis Probolinggo, Alfian Nurrizal telah mengeluarkan kenyataan melalui laman web rasmi mereka yang mendedahkan bahawa wanita tersebut menutup mukanya dengan veil hitam bercorak bunga bagi mengelakkan gambarnya diambil dalam serbuan itu.

“Ketika gambar diambil, veil yang dipakai telah digunakan untuk menutup muka pekerja itu. Matanya yang bercahaya pula adalah disebabkan oleh flash daripada telefon bimbit.”

Ghost15
Sumber; Instagram

Selain itu, beliau turut meminta supaya orang ramai tidak terus menyebarkan penipuan kononnya terdapat hantu di dalam gambar tersebut yang akan mengganggu ketenteraman orang ramai.

Confident ye pakar paranormal tu… Haih nasiblah siapa yang percaya! 

Baca: Paradigm Mall JB Dibuka, Netizen Heboh Kerana Dulu Ianya Tapak Kemayan City ‘Berhantu’

Jj

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kecoh Pakar Paranormal Sangka Jin Islam Muncul di Pusat Karaoke, Rupa-rupanya Ia Hanya…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kecoh-pakar-paranormal-sangka-jin-islam-muncul-di-pusat-karaoke-rupa-rupanya-ia-hanya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM